Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Persembahan digital 'Dari Kalbuku' ubati rindu Rudy Djoe

Dapatkan khidmat pengarah muzik Jepun suntik kelainan pada irama Nusantara
Feb 27, 2021 | 05:30 AM



KERINDUAN membuat persembahan 'live' di pentas pesta jaz di beberapa kota Indonesia seperti yang dilakukan beberapa tahun lalu menyelubungi jiwa penyanyi Singapura, Rudy Djoe.



Juara Anugerah 12 (1999) yang disifatkan sebagai 'crooner' (penyanyi lelaki yang menyanyikan lagu sentimental dengan suara sayup-sayup membuai jiwa) itu malah merancang konsert solonya dilaksanakan tahun ini.



Namun, wabak Covid-19 pula melanda dan mengganggu pelbagai rancangan seninya.



Mujurlah, ketika menerbitkan konsert digital Keroncong Asmara di bawah Wadah Seni Entertainment sempena Pesta Silver Arts, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) tahun lalu, beliau meraih idea mengalihkan konsert solonya ke wadah digital.



Maka, persembahan digital Dari Kalbuku (dinamakan sempena album Rudy pada 2016 yang dirakam 'live' di Indonesia) diusahakan dengan sokongan geran persembahan NAC pada 8 malam ini.



Ia akan disiarkan menerusi laman Facebook dan YouTube Rudy Djoe.



Selain menyajikan lagu dalam album Dari Kalbuku, terdapat beberapa lagu nostalgia yang disampaikan bersama biduanita legenda, Rahimah Rahim, sebagai artis tamu.



Sesi rakaman persembahan ini dibuat dengan iringan band 'live' di Greendoor Studios.



Pelakon dan pengarah Rafaat Hamzah adalah pengarah kreatif persembahan itu manakala pengasas Wadah Seni Entertainment, Ukhti Aminah bergelar pengurus projek.



Penggiat irama tradisional dan penggubah lagu, Syafiqah 'Adha Sallehin, turut mengiringi persembahan Rudy dengan sentuhan emasnya.



Ketika ditemui di restoran Kampung Amin Dim Sum sekitar Jalan Besar baru-baru ini, Rudy, 40 tahun, berkata:



"Awalnya, memang saya merancang konsert solo dengan unsur kebudayaan yang akan menampilkan lagu-lagu dalam album saya.



"Hasrat memohon geran NAC ada tetapi apabila Covid-19 melanda, banyak perkara tak menjadi.



"Pada Fasa 2, kita lihat persembahan digital dikendalikan pelbagai pihak dengan sokongan NAC.



"Pengalaman saya menerbitkan Keroncong Asmara memberi saya pengalaman baru apa yang boleh atau tidak boleh dalam menghasilkan acara maya serta bagaimana menarik perhatian penonton dalam platform berbeza.



"Saya fikirkan lagu Nusantara untuk disajikan kepada penonton sebagai mengenang kembali unsur sejarah kerja seni ini, apakah kekuatan saya dan kelainan yang saya boleh salurkan.



"Saya tak akan buat persembahan pop atau jaz kerana sudah ramai yang menghasilkannya.



"Maka, persembahan kali ini menggabungkan unsur muzik barat dan timur."



Rudy memilih untuk bekerjasama dengan artis veteran Rahimah kerana ia gabungan yang dianggap istimewa bak satu perkongsian ilmu seni dua generasi.



"Kita lihat di Barat, ada gandingan antara penyanyi mapan Tony Bennett dan artis masa kini Lady Gaga.



"Lebih istimewa lagi, saya dapatkan pasukan yang boleh berganding bahu dengan idea kreatif masing-masing.



"Walaupun ini persembahan dalam bahasa Melayu, kita sediakan sari kata agar penonton yang tidak memahami bahasa Melayu pun boleh ikut sama mendengar sajian khazanah muzik Melayu kita," katanya lagi.



Selain rakan seni Cina dilibatkan sama dalam persembahan ini, Rudy khususnya memilih sahabatnya, Aya Sekine, pemuzik Jepun sebagai pengarah muzik.



"Persembahan digital ini memberi harapan untuk pemuzik terus berseni selepas terjejas dek wabak Covid-19.



"Saya pula pilih Aya sebagai pengarah muzik kerana beliau senang diajak berbincang, profesional dan menjaga mutu persembahan kami dengan teliti.



"Aya malah akan menganalisa suara saya dan Rahimah bagi pastikan susunan lagunya selari dengan kesesuaian vokal kami.



"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar malah ia mengubati kerinduan kami pada semangat bergotong-royong menyiapkan persembahan bersama. Setiap orang tahu amanahnya.



"Saya serahkan pada kepakaran dan kebijaksanaan mereka dalam menghidupkan persembahan saya. Moga selepas ini, ada harapan saya bikin konsert solo pula buat penonton di ruang fizikal," tambah Rudy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >