Topik diikuti
Pergi ke BHkuPersembahan sentuh hati penonton walau diri tidak sihat
Persembahan sentuh hati penonton walau diri tidak sihat
PANAS badannya akibat demam belum kebah lagi. Tekak yang membengkak juga masih terasa peritnya.
Beberapa kali Aisyah Aziz terbatuk dan cuba membetulkan suara sebelum muzik bermula. Terpancar kebimbangan pada wajahnya kalau-kalau persembahan tidak memenuhi jangkaan kerana keadaan kesihatan yang terganggu. Entah beberapa kali beliau meminta maaf dan menyatakan "saya harap saya tak menangis".
