MEMPUNYAI bakat kreatif sahaja tidak mencukupi dalam era sekarang terutama dalam menghadapi pelbagai kekangan gara-gara virus yang menular seperti koronavirus.

Penggiat seni harus memikirkan soal pemasaran, terutama menerusi wadah digital, kata penerbit teater popular Malaysia, Puan Seri Tiara Jacquelina.