Sezairi terharu mampu kongsi gedung ilmu seni bersama artis milenial
Premium
Sezairi terharu mampu kongsi gedung ilmu seni bersama artis milenial
Idola Singapura (Musim Ketiga) galas tugas bimbing seorang penyanyi, penggubah lagu, penulis lirik, serta sebuah band empat anak muda
Dec 4, 2019 | 5:30 AM
HARGAI PELUANG BIMBING BAKAT MUDA: Menerusi program 'The Great Singapore Replay', Idola Singapura (Musim Ketiga), Sezairi Sezali (tiga dari kanan), menghargai peluang memberi panduan penerbitan, gubahan, penulisan dan pemasaran lagu kepada bakat muda yang terdiri daripada (dari kiri) Leonard Goh, Aeriqah Li'An Chang, Mohamed Nor Hisham, Andy Chong dan Muhammad Fareez Hedir Shah Fazally. Goh, Nor, Chong dan Fareez adalah anggota kumpulan Fingerfunk. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
DIJULANG dalam persada seni Singapura sehingga diberi amanah sebagai pembimbing bakat muda tempatan bukanlah sesuatu yang diimpikan Idola Singapura (Musim Ketiga), Sezairi Sezali.
Setelah sedekad mencipta nama dalam peraduan realiti Singapore Idol pada 2009, bintang berkaca mata itu terharu mampu berkongsi gedung ilmu seninya bersama artis milenial.

