Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pesona jaz beri sentuhan segar pada lagu balada rok 'Teratai'

Oct 03, 2021 | 05:04 PM



BAYANGKAN keadaannya apabila lagu “Teratai” yang  popular dinyanyikan dalam genre balada rok oleh kumpulan Sweet Charity,  diberi sentuhan jaz.



Aneh bunyinya? Ternyata ia boleh dilakukan dengan sentuhan “big band” dan ini telah dibuktikan oleh Papa Rock, Datuk Ramli Sarip sendiri dalam konsert “Pesta Jazz: A Jazzy Celebration of Malay Songs”  yang berlangsung di Teater Capitol pada Sabtu malam (2 Oktober).



Biarpun lagu itu disusun dengan banyak menggunakan instrumen tiupan seperti trompet, saksafon, trombon dan sebagainya, Ramli masih mampu meniup semangat lagu popular itu, sesuai dengan konsep big band - salah satu cabang jaz.



Konsert anjuran Persatuan Jaz Singapura (Jass) menghimpun lagu-lagu malar segar Melayu yang kesemuanya dipersembahkan dalam genre jaz. Konsert dapat dilakukan secara fizikal dengan mengikuti prosedur langkah-langkah jarak selamat Covid-19.



Namun ia juga disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Jass.



Ramli, selain memberi sentuhan magis kepada ‘Teratai” ‘  turut membawakan lagu ‘Gurindam Jiwa’.



Pengarah muzik Jeremy Monteiro berkata, tujuan beliau menganjurkan konsert jaz Melayu itu kerana mahu mengembalikan kegemilangan genre muzik yang dekat dengan hatinya.



Beliau telah mempunyai pertalian dengan muzik Melayu sejak era 1970 an  hingga 1990a dan telah terlibat dalam pembikinan 50 album Melayu, bersama penggubah Dato’ Seri Ahmad Nawab dan  Kassim Masdor.



Rahimah Rahim, yang dibesarkan dengan muzik jaz kerana pendedahan daripada bapanya, Allahyarham Rahim  Hamid yang semasa hayatnya pernah mendapat jolokan “Nat King Cole Singapura” antar lain membawakan lagu, ‘Kenari Biru’, Jelingan Manja’ dan ‘Rindu Dalam Lagu’. 



Penyanyi Rudy Djoe pula menawan penonton dengan suara gemersiknya membawakan lagu ‘Bengawan Solo’, ‘Widuri,’ dan ‘Si Manis 17’.



Turut diperkenalkan ialah bakat muda, Siti Nur Iman yang membawakan lagu “Asmara” (yang dipopularkan oleh Anneke Gronloh) dan Terukir Bintang (Yuna). 



Monteiro berkata beliau berharap akan dapat menganjurkan lebih banyak konsert jaz yang menghidangkan lagu-lagu Melayu di masa depan.



Konsert ini boleh diikuti menerusi Facebook Jazz Association- SG. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >