Bagaikan kembali ke zaman kanak-kanak apabila lagu nasyid Raihan yang syahdu tetapi tetap menghiburkan menjadi santapan halwa telinga seisi keluarga di Gateway Theatre, Bukit Merah, pada Sabtu lalu.
Itulah yang dirasakan sekumpulan penonton konsert amal Raihan, Cahaya Iman, yang berusia 30-an tahun apabila dapat mengembalikan nostalgia mendengar lagu seperti, 25 Rasul dan 99 Names, bersama penonton lain yang sebaya dan dapat menghadam irama nasyid pembangkit semangat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg