Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta Filem Antarabangsa S'pura berakhir, lebih 100 judul filem ditayang

Dec 7, 2022 | 5:30 AM
PARA PEMENANG: Penerima Anugerah Skrin Perak di Festival Filem Antarabangsa Singapura pada Ahad, 4 Disember. - Foto PESTA FILEM ANTARABANGSA SINGAPURA
PARA PEMENANG: Penerima Anugerah Skrin Perak di Festival Filem Antarabangsa Singapura pada Ahad, 4 Disember. - Foto PESTA FILEM ANTARABANGSA SINGAPURA -

PESTA Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) yang ke-33 telah berakhir pada malam Ahad, selepas 11 hari meraikan serta mempamerkan dan menayangkan filem-filem terbaik dari seluruh rantau ini.

Lebih 100 judul filem dari 55 buah negara telah ditayangkan di enam pawagam, termasuk acara kutipan dana khas dengan tayangan filem dari Singapura, Baby Queen, diikuti dengan persembahan secara langsung oleh Opera Tang dan rakan-rakannya, Queens.

Lebih 9,000 tiket telah dijual dalam 82 tayangan filem dan sesi VR.

Anugerah Skrin Perak, majlis berprestij edisi ke-31 itu, menyaksikan 14 anugerah diberikan, dengan Anugerah Pilihan Penonton dianugerahkan kepada How to Save a Dead Friend oleh Marusya Syroechkovskaya.

Permohonan untuk Dana Filem SGIFF seterusnya akan dibuka hari ini, dan ia mempunyai misi untuk menyokong lapan projek dengan Geran Yayasan Tan Ean Kiam-SGIFF Dokumentari Asia Tenggara (SEA-DOC) dan Geran SGIFF Asia Tenggara - Filem Pendek (SEA-SHORTS).

"Tahun ini menandakan kembalinya Pesta Filem Antarabangsa Singapura sepenuhnya dan menjadi sebahagian daripada acara yang menyatukan masyarakat filem bersama-sama, rasanya sangat istimewa," kata Emily J, Pengarah Eksekutif SGIFF.

"Keperluan untuk mempamerkan kepelbagaian dan kekayaan penceritaan Asia kepada dunia kekal penting dan kejayaan tahun ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa dedikasi dan komitmen tanpa jemu pasukan dan sukarelawan kami yang hebat serta sokongan dan kemesraan yang tidak berkesudahan daripada masyarakat perfileman.

"Saya gembira kerana pesta tahun ini adalah perayaan yang berwarna-warni serta memperkayakan dan menjadi harapan saya agar SGIFF terus memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap pawagam di Singapura sambil meningkatkan kesedaran untuk cerita dan pengalaman dari seluruh dunia," tambahnya lagi.

Anugerah Filem Cereka Terbaik Asia diberikan kepada filem drama Autobiography, filem pertama oleh pembuat filem asal Indonesia, Makbul Mubarak.

Karya itu, yang juga telah memenangi hadiah di pesta Indonesia, Stockholm, Venice dan di Pesta Filem Golden Horse Taiwan mendapat pujian oleh juri pesta untuk "kajian watak yang jelas dan mengagumkan dengan kawalan dan visi yang jelas".

Ia mengisahkan tentang seorang pembantu rumah muda yang memandang tinggi kepada majikannya, seorang bekas jeneral yang ingin dipilih untuk menjadi datuk bandar. Bagaimanapun, dalam usaha majikannya mengejar kuasa dengan cara yang kejam menyebabkan lelaki muda itu mempersoalkan pilihannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg