Premium
Pesta Malam kembali
Aug 16, 2016 | 5:30 AM
ANEKA ACARA: Nikmati seni permainan boneka bersaiz besar memerangi manusia bertajuk Invasion oleh syarikat teater jalanan Close-Act dari Belanda sempena Pesta Malam Singapura 2016. - Foto CLOSE-ACT -
RAKSASA dan mesin akan 'menguasai' kawasan Bras Basah pada hujung Ogos ini sempena Pesta Malam Singapura. Edisi kesembilan bertemakan Daya Cipta dan Inovasi (Inventions And Innovations) itu kembali kepada zaman revolusi perusahaan dan permulaan automasi.
Salah satu tarikan tahun ini ialah persembahan seni permainan boneka bersaiz besar dengan makhluk prasejarah dan makhluk asing memerangi manusia di kawasan Muzim Negara. Persembahan seni percuma bertajuk Invasion disampaikan oleh syarikat teater jalanan Close-Act dari Belanda.

