Selama lebih dua dekad, Pesta Raya yang dianjurkan setiap tahun oleh Esplanade sempena Festival Seni Melayu, meraikan warisan budaya dalam persembahan tradisi atau kontemporari, merangkumi tetapi tidak terhad kepada bidang teater, tarian, filem dan muzik.Tahun ini Pesta Raya 2022 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Mei lalu berjaya menggegarkan Pusat Seni Esplanade - Teater di Persisiran dengan sambutan yang diluar jangkaan. Rata-rata sambutan program yang disusun setelah dua tahun menyepi di balik siaran talian disebabkan Covid-19, memberangsangkan dan menemui matlamat. Penjualan tiket untuk program berbayar juga mendapat sambungan yang hangat dengan kebanyakan program berbayar habis dijual atau hampir habis dijual manakala persembahan yang tersedia percuma juga dihadiri dengan baik. Gabungan penggiat seni tanah air di bawah satu bumbung ini ternyata menyalakan semangat mereka yang telah lama tidak tampil membuat persembahan dan sekali gus menghidupkan suasana raya tahun ini, Berikut adalah antara acara persembahan dalam program Pesta Raya 2022 yang telah menemui penonton di Esplanade.