WATAK jejaka bernama Bian yang berkasih dengan Sarah tetapi dijodohkan dengan Tari oleh ibu bapanya membawa tuah buat pelakon Indonesia, Refal Hady.

Refal, 29 tahun, atau nama sebenarnya Reza Fahlevi Alhady, yang merupakan kacukan Arab-Betawi, menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terpuji Siri Web bagi Festival Filem Bandung 2022 kerana kecemerlangan lakonannya dalam drama Disney+, Wedding Agreement The Series.