Premium
Pilih nyanyi, korbankan sukan - Azmir kesali keputusan?
Naib juara Anugerah 2005 imbau kembali detik-detik pertandingan dan pascaanugerah
Mar 14, 2021 | 5:30 AM
KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN: Dalam rancangan The BM Show musim ketiga, Syed Azmir, berkongsi cerita detik-detik pertandingan dan pasca Anugerah 2005. Beliau diwawancara oleh Cik Hanim Mohd Salleh. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT -
DENGAN kehangatan Anugerah 2021 yang berlangsung sekarang, gambaran para pemenang pertandingan lalu sedikit sebanyak muncul semula.
Ini terutamanya pemenang daripada Anugerah 2005 - yang boleh dianggap tahun terhangat rancangan adu bakat terbitan stesen Suria itu kerana kesemua empat finalisnya - juara Hyrul Anwar, naib juara Syed Azmir, Fauzie Laily dan Khairil Yusof - mendapat perhatian luar biasa.

