Premium
Dalam musim wabak kini, 'Tiada kata secantik bahasa'
Apr 13, 2020 | 5:30 AM
KEMBARA BAHASA, SELAMI JATI DIRI: Aktivis teater dan penulis naskhah drama radio, M Saffri A Manaf, yang suka mengembara (seperti lawatan ke Turkey) juga gemar menjelajah dunia pemikiran tokoh seni seperti Tan Sri P. Ramlee, yang menghasilkan filem 'Ibu Mertuaku' dan lagu 'Tiada Kata Secantik Bahasa' yang mengupas sosio-budaya masyarakat Melayu. - Foto ihsan M SAFFRI A MANAF -
LAGU penuh maksud tersirat yang didendangkan Tan Sri P. Ramlee, Tiada Kata Secantik Bahasa, begitu terpahat dalam ingatan aktivis teater dan penulis skrip, M Saffri A Manaf.
Walaupun merupakan satu karya klasik era 1950-an yang dimuatkan dalam filem Anakku Sazali, ia dapat dijadikan pembangkit semangat ataupun sumber peringatan dalam kita mengharungi wabak sejagat Covid-19.

