Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Plane' bawa nama Gerard Butler kembali terbang tinggi

Tiga filem wira Hollywood yang dikenali ramai menemui penonton di pawagam Singapura hujung minggu ini sempena cuti panjang Tahun Baru Cina lusa. Ada yang berpaut pada genre aksi dan saspens tanpa henti tetapi ada juga yang lebih menekankan perjalanan hidup manusia yang penuh pasang surutnya. Apakah daya tarikan setiap filem ini, kekuatan dan kekurangannya di sebalik bajet besar yang diperuntukkan? BERITA HARIAN melaporkan.
Jan 20, 2023 | 05:30 AM



DARIPADA perwira filem epik bersejarah 300 kepada juruterbang veteran yang bergelut dengan kecemasan dalam filem Plane.



Inilah evolusi wira aksi, Gerard Butler, 53 tahun, yang dapat anda saksikan dalam tempoh 17 tahun.



Raja Sparta, Leonidas, kini adalah Brodie Torrance, juruterbang komersial khidmat penerbangan Trailblazer Airways yang berjaya membuat pendaratan kecemasan selepas pesawat yang dikemudi itu dipukul ribut paling menakutkan.



Brodie kemudian menyedari bahawa pulau terpencil di Filipina bernama Jolo ini dikuasai pasukan militan anti-pemerintah yang bersenjata ke mana-mana.



Si pemimpin militan pula menjadikan penumpang pesawat ini sebagai tebusan dengan harapan dapat meraih wang tebusan yang banyak daripada keluarga mereka.



Dalam tempoh cemas di mana pakar penyelamat antarabangsa sukar mencari lokasi penumpang dan juruterbang, Brodie terpaksa 'terjun botol' dan mengorak langkah membebaskan pembunuh yang ada dalam pesawatnya itu demi menyelamatkan penumpang lain.



Mereka perlu cari cara membebaskan diri daripada bahaya berada di pulau itu.



Aksi tanpa henti dan debaran yang kerap memuncak kerana banyak peristiwa mencemaskan berlaku sewaktu pesawat dilanda bahaya dapat dirasakan.



Saspens datang silih berganti sesudah pesawat mendarat di pulau yang tidak diketahui keselamatannya.



Ia menjadikan Plane filem yang seronok ditonton dari awal hingga akhir meskipun sesetengah pengkritik filem merasakan ada beberapa babak filem ini terlalu remeh.



Dalam babak pesawat masih terbang lancar di udara, kedengaran perbualan penumpang dan sembang juruterbang yang dianggap membingitkan oleh sesetengah penonton.



Plane adalah filem yang membuka ruang perbincangan mengenai proses menangani krisis seperti pendaratan kecemasan pesawat.



Ada babak di mana sekumpulan eksekutif berdebat tentang cara sebaiknya menangani krisis ini.



Banyak ketidaktentuan yang dapat dirasakan. Sekelumit rasa kasihan terhadap Brodie yang sebenarnya tidak sabar untuk bertemu anak perempuannya selepas penerbangan itu menyelubungi jiwa.



Sutradara Jean-Francois Richet yang pernah mengarahkan filem Assault tidak teragak-agak memaparkan adegan ganas terang-terangan dalam filem Plane ini.



Selama sejam 47 minit, aksi dalam filem ini membuatkan mata penonton tertumpu sahaja pada layar perak.



Butler sebagai peneraju utama filem ini pula membuktikan jiwa wira yang selama ini beliau pamerkan dalam filem lakonannya tidak pernah luput.



Beliau antara penyelamat apa jua kekurangan filem Plane dengan imej 'macho' yang berani dan tabah dipaparkan dengan penuh meyakinkan.



Dalam filem ini juga, laman BuzzFeed melaporkan Butler mendapat kecederaan paling teruk dalam sejarahnya berlakon filem.



Mukanya terbakar ketika secara tidak sengaja menyentuh wajahnya dengan tangan yang mempunyai kesan cecair asid fosforik.



Filem dengan bajet AS$20 juta ($26.4 juta) ini berkesan dalam membawa nama Butler kembali menjadi percakapan dalam kalangan pengamat filem.



Persoalan tentang pengorbanan, mengambil risiko, rasa kemanusiaan dan pengurusan krisis disajikan dengan begitu baik.



Dengan judul yang mudah sahaja (Plane), ia mampu 'berlepas' ke hati penonton yang sudah lama menantikan kehadiran filem aksi mengenai pesawat yang membuat pendaratan kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >