Menjadi ibu kepada lima anak bukan tugas mudah, apatah lagi membina kerjaya sebagai pramugari.
Namun, Cik Noor Seha Sayemi, 34 tahun, membuktikan bahawa keinginan untuk mengejar impian tidak perlu terhenti apabila bergelar seorang ibu.
Bertugas sebagai kru kabin Scoot selama tujuh tahun, beliau berhadapan dengan cabaran besar – mengimbangi masa antara pekerjaan yang menuntut komitmen tinggi dengan tanggungjawab keluarga.
Mujur jadual kerja yang fleksibel serta sokongan padu daripada ibunya, beliau berjaya membina kerjaya di awan biru tanpa mengabaikan anak-anaknya.
Tidak dinafikan, persepsi terhadap wanita dalam industri penerbangan semakin berubah.
Walaupun masih wujud cabaran dan stereotaip, Cik Noor Seha terus melangkah dengan yakin.
Baginya, setiap wanita berhak untuk mencapai kejayaan, asalkan ada keazaman dan sistem sokongan yang kukuh.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg