Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PRIHATIN anjur konsert amal bantu Nuradee

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



TERKESAN dengan keadaan rakan seperjuangan yang sakit teruk, sekumpulan penggiat seni tanah air memutuskan untuk mengadakan 'Konsert Darurat Nuradee' bagi mengumpul derma untuk membantu penyanyi 'Nur' atau nama sebenarnya, Mohd Noor Abdullah dari kumpulan setempat, Nuradee.



Usaha kilat ini merupakan projek sulung pertubuhan PRIHATIN (Penggiat Seni Melayu Singapura) yang akan dilakukan disiarkan secara 'Live' di Facebook PRIHATIN Singapura (https://bit.ly/39jSQRu).



Ia akan disiarkan pada 8 malam, Rabu, 22 September ini.



Presiden PRIHATIN, 'Joe Jasmi' atau Jasmi Md Nor, 62 tahun, berkata, beliau mahu semangat kekitaan dan gotong royong di kalangan penggiat seni dapat disuburkan.



"Kami mahu membantu Nuradee dan mengharapkan masyarakat juga akan bersama-sama kami dalam usaha murni ini," kata pelakon veteran yang pernah memimpin persatuan mapan, Sriwana, seketika dahulu.



Dua seniman mapan, Moliano Rasmadi dan Husin Saaban, berganding bahu sebagai Pengarah Bersama projek amal 'Konsert Darurat Nuradee'.



Semasa ditemui Berita Harian, Moliano, 61 tahun, yang juga Timbalan Presiden PRIHATIN mendedahkan konsert kali ini menampilkan lebih 20 penggiat seni terdiri daripada penyanyi, pelakon, pemain muzik dan penyair.



"Ini adalah langkah permulaan PRIHATIN dalam usaha membantu rakan seperjuangan yang menghadapi musibah dan memerlukan bantuan.



"Sememangnya usaha yang kami lakukan ini adalah langkah sulung kami dalam membantu rakan-rakan seperjuangan yang kesusahan dan memerlukan.



Seniman yang mencipta nama menerusi penampilan trio 'Lovehunters' itu menambah, PRIHATIN amat berterima kasih kepada Encik Salleh Abdul Samad, pemilik Protrack Productions yang sudi menawarkan penggunaan studio dan kepakaran pasukannya bagi menjayakan acara ini.



Encik Salleh dan pelakon Keater HM memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Produksi.



Memperincikan lebih lanjut tentang konsert ini, Husin, 68 tahun, berkata, beliau dan rakan-rakan dalam PRIHATIN amat berbesar hati dengan kesediaan ramai rakan-rakan artis yang sudi tampil untuk menjayakan acara ini.



Mereka yang akan tampil membuat persembahan termasuklah kugiran Moliano In Rock, Ramli Sarip, Mohd Khair Mohd Yassin, Tiesha, Yusman Umar, Rosalina Musa, Didicazli, Asiyah Sinnan, Yanni Bakri, Zaibaktian, Elfie Ismail, Masnie, Ryzall Noh, Imma Pink selain pemuzik seperti Addy Cradle, Shukor Jalil dan Alif Putra.



Ustaz Shariff Mohd Shahar akan membacakan doa selamat.



Acara ini akan dihoskan oleh Husin sendiri bersama anaknya, Raihan Husin dan hos undangan, Rosely Jimaen.



Abang 'Nur' iaitu Mohd Rashid Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan 'Adee', 54 tahun, akan turut membuat persembahan bagi usaha mengumpul derma untuk adiknya itu.



"Kami mahu membantu Nuradee kerana mereka telah banyak menyumbang dalam arena seni suara di Singapura. Lagu-lagu mereka diminati ramai dan setelah bertahun-tahun menghiburkan kita, dan kini mereka dalam keadaan memerlukan, dengan Nur kini sakit teruk, kami rasa terdorong untuk membantu, apatah lagi mereka adalah rakan seperjuangan dalam bidang seni ini," kata Husin yang akan bergandingan dengan Aisyah Sinnan dalam mendendangkan sebuah lagu.



Menurut Husin, orang ramai boleh menderma secara langsung ke talian pegawai perhubungan Nuradee, Fizah Kangen, di talian 8498-2624, mulai sekarang.



"Pihak PRIHATIN tidak menerima sumbangan derma tetapi mengharapkan orang ramai terus menderma secara langsung ke akaun yang dikhususkan oleh Nuradee itu," kata pelawak mapan itu.



PRIHATIN berharap konsert ini dapat membantu menarik sumbangan derma $30,000 dari orang ramai bagi usaha ini.



Mohd Noor, 53 tahun, rebah secara tiba-tiba selepas makan malam di rumah mereka di Gelang Patah, Johor Bahru pada awal Ogos, kata Adee.



Beliau pada mulanya dimasukkan ke hospital swasta Gleneagles Hospital Medini Johor dan dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) selama dua minggu.



Dalam catatan di Facebook pada 14 September lalu, dikhabarkan bahawa Nur telah sedar dan doktor mengesahkan beliau mengalami ketumbuhan tumor di otak dan sebelah tangannya lumpuh selain hilang 50 peratus daya ingatan.



Menurut Adee, pihaknya memerlukan sekitar $80,000 bagi menampung kos rawatan Nur di Malaysia dan di Hospital Besar Sengkang.



"Tidak boleh gunakan Medisave untuk melunaskan semua bilnya dan kami hilang pendapatan selama hampir dua tahun akibat Covid-19.



"Saya tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga Nur dan wang simpanan kami tidak cukup," kata Adee kepada pihak media.




"Ini adalah langkah permulaan PRIHATIN dalam usaha membantu rakan seperjuangan yang menghadapi musibah dan memerlukan bantuan.

Sememangnya usaha yang kami lakukan ini adalah langkah sulung kami dalam membantu rakan-rakan seperjuangan yang kesusahan dan memerlukan."

- Pengarah Bersama 'Konsert Darurat Nuradee', Moliano Rasmadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >