Premium
Prince meninggal dunia
Punca kematian ikon pop yang ditemui pengsan di rumahnya masih belum diketahui
Apr 23, 2016 | 5:30 AM
PENYANYI INOVATIF DAN PENULIS LAGU BERPENGARUH DI AMERIKA: Prince telah menghasilkan lebih 30 album. Albumnya Purple Rain yang dikeluarkan pada 1984 sering digambarkan sebagai antara yang terbaik sepanjang zaman. - Foto REUTERS -
MINNEAPOLIS (Amerika Syarikat): Ikon pop Prince ditemui meninggal dunia di rumahnya di Minnesota, Amerika Syarikat, awal pagi kelmarin.
Berusia 57 tahun, Prince meninggal di kediamannya di Paisley Park, di pinggir kota Minneapolis, yang turut dijadikan studionya.

