Premium
Priyanka Chopra sokong isu Rohingya
Jun 25, 2018 | 5:30 AM
ISU PERLU DITANGANI: Priyanka Chopra, telah meminta masyarakat antarabangsa mempertingkat sokongan bagi wanita dan kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh menyusuli pertempuran yang berlaku di Myanmar. - Foto REUTERS -
AKTRES Bollywood yang juga duta kesejahteraan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Priyanka Chopra, telah meminta masyarakat antarabangsa agar mempertingkat sokongan bagi wanita dan kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh menyusuli pertempuran yang berlaku di Myanmar.
Laman Reuters melaporkan bahawa respons ketenteraan terhadap serangan pihak pemberontak ke atas pos polis dan sebuah pangkalan tentera di utara Rakhine Ogos lalu memaksa hampir 700,000 masyarakat Muslim Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh, dengan ramai yang menuduh pasukan keselamatan membunuh, merogol dan membakar rumah pelarian.

