Topik diikuti
Pergi ke BHkuPuisi 'hidup' tanpa kata

INTERAKTIF: Seniman Norisham Osman (kiri, berdiri) menyampaikan persembahan 'Alamat Baru' manakala tiga penonton (duduk menghadap Norisham) diundang turut serta dalam persembahan tersebut. - Foto WRIGHT ASSEMBLY
Puisi 'hidup' tanpa kata
INTIPATI lima puisi Melayu telah disampaikan dengan bijak menerusi persembahan teater, bunyi dan seni pemasangan visual dalam pementasan Alamat Baru.
Pementasan terbitan kumpulan seni ad-hoc, Wright Assembly, menyaksikan lima aktivis seni- Norisham Osman, Ila, Henrik Cheng, Bani Haikal dan Azy Alias - mentafsirkan puisi sasterawan dan seniman Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latif Mohamed, Rasiah Halil dan Rafaat Hamzah ke pentas galeri The Arts House, baru-baru ini.
