Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SPEKTRA SENI

Pukulan TikTok: Bantu bangkitkan lagu, artis sepi

‘Makeba’ dan ‘Flower’ menjadi-jadi tular sebagai lagu latar video
Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Bagaimana seorang pemuzik muda dari Negeri Sembilan, Faliq atau nama pentasnya FLQ, boleh terpikat dengan muzik era 1970-an dan akui terkesima dengan irama lagu Uji Rashid dan Noor Kumalasari?

Maka timbullah irama ‘city pop’ yang beliau bawa ke pentas Teater Luar Esplanade di Singapura sempena Pesta Raya beberapa bulan lalu.

Jawapannya terletak pada aplikasi magis TikTok yang memperkenalkannya pada lagu-lagu lama yang sering dimainkan di corong radio pada ketika ibu bapanya meniti usia remaja.

Kemajuan aplikasi ini sebagai wadah pemasaran yang mengembalikan populariti lagu-lagu lama atau artis veteran amat saya kagumi.

Bahkan, kalau ditanya penyanyi Singapura yang bakal melancarkan lagu atau album baru, pastinya mereka tidak lepas daripada merancang kempen TikTok yang meliputi cabaran tarian atau gerak tangan untuk warganet ikuti agar lagu mereka juga cepat tular.

TikTok yang dilancarkan syarikat pemula China, ByteDance, pada September 2016, menampakkan kemajuan yang menggalakkan dalam dunia hiburan, pendidikan, perniagaan, sains dan penyelidikan.

Sehingga hari ini, terdapat 1.68 bilion pengguna TikTok dengan 1.06 bilion pengguna memuatnaikkan bahan secara aktif setiap bulan.

Pujian wajar diberi kepada usahawan Internet dan dermawan China, Zhang Yimin, yang mengasaskan aplikasi itu.

Bagi saya, ia merupakan antara ciptaan paling bijak, bermanfaat (jika digunakan dengan betul) dan inovatif yang pernah dicipta di dunia.

Nama TikTok itu sahaja ‘catchy’ atau mudah ‘melekat’ dan terpahat di hati ramai. Dalam masa 15 hingga 60 saat, video ringkas dapat dirakam.

Keberkesanan TikTok sebagai wadah perkongsian berbanding Instagram dan Facebook bahkan diakui oleh ramai selebriti termasuk Will Smith, Selena Gomez, Taylor Swift dan Ryan Reynolds, yang merupakan antara bintang pertama yang membuka akaun TikTok.

Saya secara peribadi tertarik pada cara TikTok menularkan lagu yang sebelum ini mungkin suam-suam kuku atau tidak begitu diamati warganet. Terdapat beberapa lagu yang kerap dijadikan lagu latar TikTok sambil si pengguna membuat gerak tari bersepadu sebagai hiburan.

Apakah antara kisah di sebalik populariti lagu-lagu berikut di TikTok?

‘Makeba’ lagu sanjungan buat aktivis Afrika Selatan, Miriam Makeba ‘meletup’ selepas lapan tahun







Anak-anak kecil kelihatan terhibur menari bersama ibu bapa mereka dalam video TikTok, diriingi lagu penyanyi dan pemuzik Perancis, Jain, 31 tahun, yang berjudul Makeba. Lagu itu sebenarnya bukan baru. Jain menciptanya sejak lapan tahun lalu.


Bagaimanapun, kerana TikTok dan Instagram, ia menjadi cukup popular sebagai lagu pembangkit semangat.

Ada banyak sebab yang memungkinkan Makeba ini kian dikenali. Sebab utamanya lagu itu mencerminkan semangat juang dan sanjungan Jain pada aktivis Afrika Selatan, Miriam Makeba, yang juga seorang penyanyi.


Makeba banyak mendendangkan lagu tentang ketidakadilan yang berlaku di Afrika Selatan dan bagaimana golongan kulit hitam yang ditindas perlu bangkit daripada segala penyeksaan dan penderaan.

Makeba menjadi tular di TikTok dan menjadi trend yang diikuti ramai setelah video yang menampilkan pelawak Bill Hader diiringi lagu itu mula tersebar. Kerana lagu itu santai, ia juga menjadi lagu pilihan penjual ikan di Kerala.


‘Flower’ nyanyian Jisoo mekar seiring zaman

Lagu Flower nyanyian Jisoo, anggota band K-Pop wanita paling popular di dunia, Blackpink, dipasarkan dengan tarian gerak tangan ibarat bunga yang mekar dan berkembang juga antara lagu latar TikTok yang disukai ramai. Ia diterbitkan pada 31 Mac lalu.


Ia memperkukuh lagi populariti Blackpink memandangkan salah seorang anggotanya Jisoo adalah penyanyi solo bagi lagu ciptaan Teddy Park, Vince, VVN dan Kush ini.

Secara komersial, ia berjaya di tangga kedua carta lagu Billboard Global 200. Ia juga lagu pertama Jisoo yang memasuki carta 10 lagu terbaik.


Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan Jisoo adalah kisah cinta toksik tetapi kerana iramanya rancak ramai yang tersalah anggap ia lagu meraikan cinta yang mekar bak bunga.

TikTok, justeru itu, banyak membantu mempromosikan lagu itu sebab semakin ramai yang melakukan tarian Flower, kian ramai yang terpesona dengan muziknya yang memiliki keunikan tersendiri.


Bintang dangdut ‘otai’ Tessa Mariska tiba-tiba popular kerana ‘Loneliness’







Nama Tessa Mariska, penyanyi dangdut Indonesia, mungkin tidak begitu dikenali pendengar muzik di Singapura ketika beliau aktif menyanyi atau pada zaman gemilangnya. Bagaimanapun, gara-gara populariti penyanyi cacat penglihatan, Putri Ariani, di pentas America’s Got Talent, tempiasnya mengena pula pada Tessa sehingga ramai pengguna TikTok mula mengenalinya.


Tessa mengulas tentang lagu Loneliness ciptaan asal Putri. Lagu itu cukup gah ibarat lagu dari filem Disney. Tessa kemudian menyanyikan korus lagu (You break my heart, break my heart) itu dengan nada suara lucu. Sejak videonya tular, ramai warganet termasuk selebriti Indonesia sendiri yang meniru gaya bicara Tessa dengan mimik muka melucukan.


Siapa sahaja boleh jadi popular

Ramai orang biasa kini terkenal sebagai pempengaruh TikTok. Aplikasi itu memberi ruang untuk siapa sahaja jadi terkenal dengan video unik yang dimuatnaikkan.

Siapakah TikTok-er paling berjaya dengan jumlah tontonan paling tinggi? Jawapannya, Zack King, pakar ilusi dan sutradara filem Amerika, yang menghasilkan video TikTok dirinya terbang dengan batang penyapu tanpa kaki menjejak bumi.

Video itu sudah ditonton 2.3 bilion kali dengan 564,000 orang meninggalkan komen buat King. Kapsyen King pula lucu. “Mereka tolak permohonan saya di Hogwarts (sekolah Harry Potter) tetapi saya tetap ada cara menjadi ahli sihir terhandal di sini,” tulis King.

Dengan tontonan sebanyak empat bilion kali, video TikTok yang dijana tiga juta pengguna yang menyahut cabaran ‘Mata Bibir Muka’ oleh jenama dandanan Elf Cosmetics, kempen guna produk solek dengan iringan lagu ciptaan ‘original’, eyes lips face ini, adalah kempen TikTok paling berkesan.


Bagi sesiapa yang belum mencuba TikTok, bukalah akaun dahulu. Jauh daripada setakat menjadi wadah hiburan berjoget, aplikasi itu sarat ilmu pengetahuan yang boleh dihadam.

Buat pengetahuan anda, saya tidak dibayar TikTok untuk menulis rencana ini tetapi jujurnya amat kagum dengan keupayaan medium itu mengembalikan populariti ‘otai’ dan lagu mereka serta menyampaikan pesanan sosial tentang pemerkasaan di mana-mana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >