Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Sains S’pura terima rangsangan K-Pop, teknologi Korea Selatan

Dec 14, 2023 | 5:30 AM
ACARA MENARIK: Pusat Sains Singapura mengadakan pameran teknologi dan K-Pop
ACARA MENARIK: Pusat Sains Singapura mengadakan pameran teknologi dan K-Pop - Foto PARADISE E&A

Pusat Sains Singapura akan menjadi tuan rumah bagi sebuah pameran teknologi Korea Selatan dan K-Pop mulai 19 Disember dengan pelancaran acara [HYBE INSIGHT] BTS X JAMES JEAN: SEVEN PHASES EXHIBITION.

Berlangsung dari 19 Disember hingga 19 Februari, acara itu merupakan sebahagian daripada Pesta Korea lebih besar, yang menampilkan siri acara meraikan budaya Korea dan inovasi teknologi. 

Ia turut menjanjikan acara bagi mengembangkan rangkaian dan kerjasama dalam bidang teknologi.

Antara kegiatan yang diadakan termasuk “hari padanan perniagaan” bertujuan menghubungkan syarikat Korea dengan pembeli tempatan dan perintis industri. 

Pengunjung boleh meneroka pelbagai produk daripada pelbagai syarikat seperti Infomining, yang menawarkan huraian penjagaan kesihatan peribadi dipacu kecerdasan buatan (AI) seperti ‘Hathi’ dan ‘Mediwatch’, serta ‘Connecdoc’, sistem pemantauan pesakit yang inovatif.

Selain itu, Simposium Etika AI Singapura-Korea 2023 akan diadakan pada 19 Disember, menghimpunkan pakar dari kedua-dua negara untuk berkongsi pandangan profesional tentang sains dan teknologi termaju. 

Profesor Madya Lim Tit Meng, Ketua Eksekutif Lembaga Pusat Sains, menekankan kepentingan usaha sama itu, dengan menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk memberi inspirasi kepada warga dan memupuk penghargaan bagi masa depan yang didorong oleh inovasi dan kemajuan teknologi.

Untuk maklumat lanjut bagi harga tiket, pengunjung boleh melungsuri laman web rasmi www.kf-sg.net.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg