Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puteri Balqis kesal ibu difitnah ambil barang terlarang

Oct 28, 2024 | 3:49 PM
Puteri Balqis (kanan) kecewa dengan komen netizen yang melulu mendakwa ibunya, Norashikin Mohd Aziz, mengambil bahan terlarang.
Puteri Balqis (kanan) kecewa dengan komen netizen yang melulu mendakwa ibunya, Norashikin Mohd Aziz, mengambil bahan terlarang. - Foto INSTAGRAM PUTERI BALQIS

Pelakon remaja Puteri Balqis, 17 tahun, meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang menulis komen tanpa berfikir sekali gus memfitnah ibunya Norashikin Mohd Aziz, mengambil bahan terlarang. 

Dalam hantaran terbaru di TikTok pada 26 Oktober, Puteri Balqis yang mesra disapa dengan panggilan Aqish berkongsi bagaimana ibunya yang berdepan masalah kesihatan mental terbaca komen negatif dan bertindak di luar kawalan. 

“Hari ini dalam TikTok, aku terima lebih 100 komen. Semua 100 komen itu benda yang sama. Jangan cakap aku tak relaks, jangan cakap baru satu komen aku dah beriya. Kalau ikutkan, komen begini dah beribu dah, bertahun-tahun dah. Mak aku tak ada media sosial. Tapi tak tahu, dia tergerak hati nak baca komen semalam dan nampak pula komen begini. 

“Mak aku mengalami kemurungan dahsyat, keresahan yang mencengkam jiwa dan ini disahkan oleh lapan doktor pakar di hospital.

“Ini ubat tekanannya. Kalau dia telan semua ini semalam, kau nak ganti balik mak aku? Sampai hentak kepala dia dekat dinding, sampai melompat-lompat macam orang gila,” katanya lagi.

Enggan diwawancara media, Aqish juga berkongsi perasaannya melihat keadaan ibunya yang menjadi mangsa fitnah. 

“Perasaan aku sebagai anak nak kena tengok mak begitu setiap hari, tak ada orang peduli pun pasal aku. Sebab itu aku malas nak ambil wawancara wartawan sebab aku tahu tajuk berita nanti pasti lebih menyakitkan hati.

“Tak kisahlah betapa hebat pun kau berlakon, beribu pun dokumentari jenayah yang kau tengok, bila kau dah kena soal siasat, bila kau tak ada kesakitan mental itu, tak ada trauma itu, kau tak boleh buat-buat benda itu. Sebab kau tak ada memori itu. 

“Aku ada kerja esok (hari ini). Kau ingat, aku boleh kerja dengan tengok mak aku begini? Kau tak faham perasaan bila tengok mak kau kena fitnah, kena hina,” katanya lagi.

Aqish juga membuka ruang sekiranya pemfitnah ini ingin bersemuka dengannya kerana ibunya sudah berkali-kali melakukan ujian air kencing, namun disahkan tidak mengambil bahan terlarang mahupun dadah. 

“Kau boleh jumpa aku depan-depan. Boleh jumpa dengan pengurus aku, boleh pergi suruh mak aku buat ujian air kencing. Mak aku dah berapa kali ulang-alik balai polis buat ujian air kencing sebab komen-komen bodoh begini. 

“Di Malaysia ramai orang yang bijak. Kau ingat doktor itu bodoh sangatkah? Mak aku ulang alik hospital ambil darah, ambil air kencing. Ingat tak dapat kesankah kau ada dadah atau tak?” ujarnya dengan nada marah. 

Menutup videonya, Aqish mendoakan agar ibunya meninggal dunia dalam keadaan tenang sekiranya ajalnya sudah tiba kelak. 

“Bila mak aku mati pun, aku harap dia mati dalam keadaan yang tenang dengan apa yang dia dah kena fitnah, dengan apa yang dia dah kena hina. Aku doakan rezeki dia sentiasa luas,” katanya. 

Terdahulu, pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun Pentafsir Senja menulis komen berbaur fitnah terhadap ibu pelakon itu dalam video terdahulu. 

“Mata merah menyala wooo. Belanja sikit kalau ada lebih,” tulisnya. 

Komen dan akaun TikTok itu bagaimanapun kini sudah lenyap dan tiada dalam carian di platform itu. 

Dengan adanya peristiwa sebegini, moga netizen lebih peka dengan apa yang mereka tulis di media sosial. Jangan sampai membawa kesan menyedihkan kepada orang lain. Ke mana perginya jiwa ihsan?  

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg