Premium
Puteri Sarah enggan serah kalah dengan orang ketiga
Jul 6, 2022 | 5:30 AM

MAHU PERTAHAN HAK: Puteri Sarah yang berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya. - Foto HARIAN METRO -
SETELAH sekian lama memilih untuk berdiam diri dan tidak menggembar-gemburkan hal rumah tangganya di khalayak ramai, pelakon Puteri Sarah Liyana, 37 tahun yang juga isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, akhirnya mengambil tindakan untuk memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih suaminya, Ira Kazar.
Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini, berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, beliau akhirnya bertekad mengambil tindakan undang-undang.

