Premium
Rafaat lancar pameran solo di Yogyakarta, S'pura
Apr 7, 2018 | 5:30 AM
KETENANGAN suasana desa dengan pemandangan sawah bendang di Yogyakarta - tempat beliau bermastautin sejak hampir dua tahun lalu - telah menyuntik banyak inspirasi segar kepada seniman Singapura, Rafaat Hamzah.
Rancangannya, memang mahu "bersara" daripada hiruk-pikuk bandar apabila mencapai usia 50 tahun, dan menghabiskan sisa masa dengan melukis dan menulis.

