Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rahsia makna 'A' dalam Aezal

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



APABILA bakat Singapura yang pernah memasuki peraduan Juara HMI, Rohaizal Abdul Rahim, menukar nama pentasnya daripada Ezal kepada Aezal, beliau memikirkan tentang jenama baru untuk diketengahkan.



Ini sebagai petanda beliau kembali lebih aktif menyanyi dengan menghasilkan lagu sendiri dan bukan lagu saduran.



Bagi Aezal, 48 tahun, huruf A menggantikan huruf E kerana A adalah huruf pertama yang melambangkan kejayaan, kecemerlangan dan yang mendahului yang lain.



"Sebagai contoh, dalam setiap ujian atau kertas peperiksaan, kita mesti inginkan gred 'A' kerana ia melambangkan markah terbaik.



"Justeru, saya amat menitikberatkan perlambangan dalam saya mencari jenama bagi nama pentas saya. Semoga dipermudahkan urusan saya," ujarnya ketika dihubungi.



Baru-baru ini, beliau muncul dengan single kedua, Kasih Ku Cari, yang dicipta sendiri.



"Sebenarnya, lagu ini sudah saya cipta sekitar tahun 1990-an lagi. Seperti kebiasaan lagu lain ciptaan saya, ia selalu berkisahkan kehidupan, kasih sayang, kasih kepada orang tua, Tuhan dan masyarakat.



"Kasih Ku Cari menceritakan tentang titik awal kejadian manusia hinggalah kepada kisah kekeluargaan. Ia menyentuh tentang hidup yang penuh dugaan dan cabaran.



"Cabaran dan dugaan seorang insan yang tidak sempurna dalam mengharungi liku kehidupan saya bentangkan.



"Kasih Ku Cari lebih pada kisah kasih yang hilang dalam keluarga. Langit tidak selalu cerah. Kadangkala mendung datang menyelubungi hidup kita.



"Namun, kita harus selalu berusaha, berdoa dan berserah kepada Tuhan. Moga doa kita dikabulkan dan kita didorong ke arah mengecapi kejayaan," jelas Aezal.



Aezal, seorang juruaudit ISO minyak dan gas, kembali aktif menyanyi pada 2017 setelah lama menyepi.



Lagu pertamanya Resah Seribu Rindu merupakan ciptaan Mac.



Sambutan daripada anggota keluarga, rakan dan penyokong baru dan lama terasa masih padu.



Beliau juga teruja kerana penyokongnya terdiri daripada pencinta muzik serantau, baik di Singapura, Malaysia dan Indonesia.



"Mereka beri saya semangat agar tidak putus asa berkarya. Terima kasih buat mereka.



"Zaman sudah jauh berubah. Sewaktu saya baru berkecimpung dalam bidang seni, tiada media sosial.



"Kita cuma perlu ikuti perkembangan semasa. Pada zaman media sosial, saingan lebih sengit tetapi boleh dilakukan secara sihat.



"Pengajarannya, jika kita sentiasa terapkan pemikiran positif dalam diri, bikin apa jua karya secara ikhlas, tetap akan dipermudahkan," katanya lagi.



Aezal akur bakat seni di Singapura sentiasa mencari wadah mengetengahkan bakat mereka.



Pandemik Covid-19 lebih menyekat persembahan awam tetapi mujurlah ada rakan seni inovatif yang menganjurkan acara maya yang boleh menyuntik semangat baru penyanyi tempatan agar terus berseni.



"Saya juga sentiasa berpesan kepada diri agar teruskan kerja seni saya. Selepas single kedua, akan ada single ketiga dan selanjutnya.



"Saya juga ingin bekerjasama dengan pemuzik tradisional bagi projek selanjutnya.



"Gabungan genre muzik ini menarik untuk diteroka bagi penghasilan kerja seni lebih unik.



"Saya juga ingin menghasilkan lukisan, cabang seni yang sudah lama saya tinggalkan kerana komitmen kerja. Pokoknya saya akan terus berkarya demi memasyarakatkan seni," ujar Aezal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >