SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rahsia perkahwinan Kamal-Uqasha pada 5 Nov lalu

Rahsia perkahwinan Kamal-Uqasha pada 5 Nov lalu

Dec 7, 2021 | 8:09 PM

Rahsia perkahwinan Kamal-Uqasha pada 5 Nov lalu

Foto INSTAGRAM KAMAL ADLI/UQASHA SENROSE
Foto INSTAGRAM KAMAL ADLI/UQASHA SENROSE -

PASANGAN pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, dalam diam-diam telah pun selamat bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada 5 November lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Difahamkan, pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.

Menerusi laporan Astro Gempak, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 tahun, telah menyerahkan wang tunai RM22.50 ($7.27) sebagai mas kahwin.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29 tahun, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Pada majlis bertemakan suasana dalam taman yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.

Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir. Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kemudiannya, Uqasha dan Kamal diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Kedua mempelai salin tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Lama juga pasangan ini rahsiakan perkahwinan mereka... tahu-tahu rupanya sudah sebulan bernikah. - Astro Gempak

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg