Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rahsia resolusi ‘Tun Fatimah’: Ayuh, srikandi... yuk capai impian!

Jan 03, 2024 | 05:30 AM



Selamat datang 2024. Ramai yang mungkin semakin tidak berminat membuat resolusi tahun baru kerana sering berasa apa yang dihasratkan, asyik-asyik tidak tercapai.

Tetapi, sejauh mana pun kita bermimpi, kita tak hanya bermimpi kosong. Ini tentang impian, harapan dan potensi untuk perubahan luar biasa.

Tapi kan... perjalanan yang disertai kata-kata dan niat seperti ‘Saya akan’ ke tahap... ‘Saya telah’ bukanlah mudah untuk dicapai.

Di sini, saya meminjam semangat watak srikandi sejarah Melayu, Tun Fatimah, dari zaman Kesultanan Melaka, yang tabah menghadapi pelbagai kehilangan, berani menyahut cabaran dan bijak membuat percaturan demi kesejahteraan dirinya pada hari muka.

Mungkin anda boleh jadikan resolusi impian sebagai kenyataan, tanpa mengetepikan keperluan menikmati sedikit keseronokan di sepanjang jalan.

1. Cipta visi berani


Mari berangan! Sebelum terjun ke dalam hal-hal teknikal, lukislah gambaran perjalanan anda:

Siapakah versi adiwira anda pada 2024? Tentu sekali, saya masih berpegang pada Tun Fatimah.

Bagaimana anda lihat petualangan hidup anda berkembang?

Apakah keunikan, passion dan pencarian epik yang akan mengetuk pintu anda pada 2024?


Bayangkan tarian kemenangan, pengembaraan yang mendebarkan dan rasa kejayaan adiwira.

Visi ini adalah GPS (sistem kedudukan sejagat) anda dalam perjalanan mendatang!

2. Tumpu pada langkah mantap


Ya, ini tahun naga dalam kalendar masyarakat Cina!

Saya faham jika anda tak sabar-sabar menaklukinya tetapi kena slow down.


Pilih pertempuran – iaitu bidang-bidang yang akan memeriahkan hidup anda. Tak kiralah sama ada bidang kesihatan, rakan kongsi (kawan dan keluarga), meningkatkan kemahiran, atau pencarian kerjaya, tentukan beberapa gerakan kuat dan atur langkah anda.

3. Gunakan kuasa resolusi SMART


Jadikan resolusi anda SMART seperti mana-mana orang yang berjaya, senarai yang pernah dicatatkan Encik Vikram Mangat daripada Mindful Living Institute:

S – Spesifik seperti Stealth: Tentukan dengan jelas matlamat pencarian anda.


M – Metrik Masterful: Bijak atur langkah anda.


A – Petualangan Boleh Dicapai: Jangan lupa pastikan matlamat boleh diraih.

R – Relevan dan Rasa: Biar ia menyelaraskan misi epik anda.

T – Masa yang Tertentu: Tetapkan had masa ninja.

Tapi, srikandi sekalian, kekalkan kebolehsesuaian bersama fleksibiliti. Ini kerana, kita merancang, Tuhan menentukan. Bukankah kehidupan penuh dengan plot twist?


4. Catat matlamat, renung perjalanan


Catatkan matlamat anda dalam gulungan nota.

Dengan menulis resolusi, ia seperti menandatangani perjanjian para followers Tun Fatimah.


Gunakan gulungan nota rahsia (perencana), atau alat digital.

Selalu-selalulah lihat gulungan itu, renungkan perjalanan anda dan atur semula langkah srikandi anda jika perlu.

5. Panggil pasukan srikandi anda


Tentu keadaan lebih bersemangat jika anda mempunyai pasukan srikandi yang berkongsi visi dan misi, betul tak?

Kongsi impian anda dengan rakan srikandi sehati sejiwa ini – kawan, keluarga, atau mentor.

Sokongan mereka, kongsi tip berjuang dan pencarian bersama mereka akan mengisi semangat srikandi anda!

Bukanlah dunia ini mempunyai aplikasi dan platform yang hebat untuk menghubungkan anda dengan rakan-rakan srikandi yang mempunyai pencarian serupa?

6. Sambut setiap pencapaian


Siapa kata pencarian dalam kehidupan tidak boleh capai dengan keseronokan?

Sambutlah setiap kemenangan kecil anda. Menari seperti rock star untuk setiap pencapaian.


Renungkan pelajaran sepanjang perjalanan. Ia bukan sekadar tentang mencapai puncak seorang srikandi bahkan juga menikmati setiap tendangan, putaran dan pelajaran dalam perjalanan seorang srikandi.

7. Berfikir bak srikandi


Apabila anda memulakan pengembaraan srikandi ini, bersiaplah dengan minda bak Tun Fatimah.

Cabaran bukanlah penghalang; ia hanyalah tahap perjalanan yang penuh teka-teki.

Setiap kerenah adalah peluang meningkatkan kemahiran kepahlawanan anda dalam perjuangan.

Dengan ketabahan seperti seorang pejuang, kebolehsesuaian dan sedikit humor, resolusi Tahun Baru anda boleh berkembang daripada impian menjadi pencapaian srikandi yang epik!

Selamat berjuang!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >