Pengguna Berdaftar
Rakan artis kecil hati apabila Nad Zainal jauhkan diri
Komen Nad abai isu persahabatan remeh, ‘block’ teman seni timbulkan tanda tanya
Aug 26, 2023 | 5:30 AM
NAD ZAINAL: Enggan dikusutkan dengan isu remeh membabitkan persahabatan dan dikatakan lebih tertumpu kepada urusan keluarga dan nampak renggang dengan teman-teman artis. - Foto INSTAGRAM NAD ZAINAL
Ramai rakan artis yang mengambil berat ketika pelakon Malaysia, Nad Zainal, tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan di paru-paru pada November tahun lalu.
Antara yang diuar-uarkan pengacara dan pelakon Sherry Alhadad adalah tabung kutipan kecemasan buat Nad, 33 tahun. Menurut rakan pelakon yang kemudian bergelar suami Nad, Ungku Ismail, tabung kutipan kecemasan tersebut berjaya mengumpulkan RM270,000 ($78,607) hasil sumbangan orang ramai.
Laporan berkaitan
Nad Zainal tidak kisah 'kena reject'Jan 23, 2022 | 10:40 AM
Pelakon Nad Zainal tidak sedar diri, dirawat di ICU kerana jangkitan paru-paruNov 24, 2022 | 12:00 PM

