Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, bahkan juga bulan penuh keberkatan yang menuntut kecekalan jiwa dan raga.

Bagi kaum ibu, cabarannya bukan hanya daripada sudut kerohanian – melaksanakan solat, membaca Al-Quran, dan memperbanyakkan doa – malah daripada aspek kehidupan seharian, terutama di dapur.