Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Rapper' bertopeng Poetic Maleeka luah isi hati

Lagu 'Melankolis' dan 'Syair Cinta' bawa pendengar selami penyesalan dan kerinduan
Feb 05, 2022 | 05:30 AM



MISTERI masih menyelubungi identiti kumpulan duo wanita, Poetic Maleeka, yang terdiri daripada penyanyi rap Kasilda dan vokalis Laika.



Jawapan pada soalan siapakah mereka dan berapakah usia mereka tidak pernah ditemui media dan kekal menjadi rahsia hingga hari ini.



Sungguhpun begitu, keunikan lagu-lagu mereka yang puitis dari susunan bait kata lagi sarat pengertian sosialnya sentiasa menarik perhatian artis setempat lain untuk bekerjasama.



Jika sebelum ini, mereka bekerjasama dengan dua bakat tempatan Fiezah Mazlan dan Mr A bagi lagu Gari tentang rintihan sang isteri yang didera, mereka muncul pula dengan susulan lagu tersebut, Melankolis, yang melahirkan penyesalan sang suami pula.



Lagu ini dirakam Poetic Maleeka dengan pasangan suami isteri, Izzat Ishamuddin dan Shalyza Rosli.



Satu lagi lagu terkini, Syair Cinta, tentang hubungan cinta jarak jauh pula disampaikan Poetic Maleeka bersama penyanyi Izam Denova.



Ikuti perkembangan terkini Kasilda dan Laika dalam wawancara berikut.



Soalan (S): Bagaimana perkembangan Poetic Maleeka kini? Apakah maklum balas mengenai lagu anda?



Kasilda: Perkembangan terkini kami agak terhad kerana komitmen tugas dan peribadi masing-masing.



Kami telah hasilkan hanya empat lagu tidak seperti tahun sebelumnya apabila kami berjaya menghasilkan lebih empat lagu.



Sungguhpun begitu, Alhamdulillah lagu kami sejauh ini diterima baik pendengar dengan maklum balas yang positif.



Banyak sokongan dan galakan daripada sahabat-handai kami diterima untuk kami terus berkarya walaupun masih kurang dikenali.



Namun begitu, yang penting bagi kami adalah hasil penceritaan dan juga intipati dalam lagu tersebut.



S: Apakah teras yang cuba disampaikan dalam 'Melankolis'? Bagaimana kerjasama dengan Shalyza dan Izzat tercetus?



Laika: Sebelum ini, lagu kami Gari pernah masuk carta Singa Maksima Ria 897.



Ia menceritakan tentang rintihan hati seorang isteri yang diabaikan suami dan didera.



Maka Melankolis ini adalah sambungan Gari yang menyampaikan luahan rasa penyesalan sang suami yang tidak menghargai isterinya.



Dia murung kerana baru menyedari dirinya masih perlukan isterinya tetapi malangnya semua sudah terlambat.



Jadi, di sini kami ingin sampaikan kepada orang ramai agar mereka menghargai pasangan masing-masing sebelum terlambat.



Jika timbul perasaan tawar hati, hubungan kasih yang disemai dahulu tidak akan dapat kembali sama sekali.



Dalam pada itu, tercetusnya idea berkerjasama dengan pasangan suami isteri, Shalyza dan Izzat itu muncul apabila penerbit kami, Abang Bobb dari Guzzbuzz Productions memberitahu Shalyza teringin bekerjasama dengan Poetic Maleeka.



S: Ceritakan pula kisah di sebalik lagu 'Syair Cinta'. Bagaimana terjalin kerjasama bersama Izam Denova?



Kasilda: Syair Cinta menceritakan tentang seorang wanita yang merindui sang kekasih yang jauh di perantauan. Lebih tepat lagi, mereka menjalin hubungan jarak jauh.



Setelah lama menanggung rindu, barulah bertemu si pujaan hati. Jadi tidak semestinya hubungan jarak jauh ini tidak kekal.



Kadangkala yang di depan mata belum tentu setia. Justeru itu, setiap perhubungan mestilah ada sifat saling mempercayai. Kalau tiada kepercayaan, tak guna juga untuk teruskan perhubungan berkenaan.



S: Apakah wujud cabaran dalam menulis lirik atau merakam kedua-dua lagu ini - 'Melankolis' dan 'Syair Cinta'?



Laika: Cabaran yang kami hadapi adalah menghasilkan melodi dalam lagu di samping susunan ayat mengikut cerita yang kami ingin sampaikan kepada pendengar.



Dari segi rakaman pula, Alhamdulillah, belum lagi ada masalah kerana Abang Bobb sangat disenangi dan mudah bekerjasama.



S: Apakah yang diharapkan Poetic Maleeka bagi 2022?



Kasilda: Insya-Allah kami akan mucul dengan imej baru dan yang pastinya imej kami bertopeng sebagai 'trademark' tetap ada.



Cuma kali ini ia sedikit berbeza daripada sebelumnya. Kami juga berharap keberadaan kami diterima oleh warganet di luar sana sebagai 'rapper' wanita bertopeng.



Impian kami hanya mahu karya Poetic Maleeka didengari kerana setiap lagu yang kami ciptakan kebanyakannya berdasarkan pengalaman sebenar.



S: Adakah kerjasama lain yang ingin diusahakan selepas ini? Apakah manfaat bekerjasama dengan artis berbeza?



Laika: Insya-Allah selain kerjasama dengan artis berbeza, kami akan hasilkan satu lagi 'single' yang hanya menampilkan Poetic Maleeka sahaja.



Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan artis Brunei dan Sabah pada tahun ini.



Artis Brunei berkenaan adalah 'rapper' yang dikenali sebagai Karmas Monologue. Beliau juga sahabat baik kami. Artis Sabah yang kami maksudkan pula bernama Mieka Luksin. Kedua-duanya sudah menghasilkan beberapa lagu sendiri.



Manfaat berkerjasama dengan artis berbeza adalah kita boleh lihat dan tinjau keserasian satu sama lain.



Kami juga pastikan artis yang kami pilih akan mengikut kesesuaian lagu yang didendangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >