Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rapper Feroz bikin lagu 'Kecam' setelah rutin senam dihina

May 03, 2021 | 05:30 AM



BAKAT rap tempatan Feroz Rohaizad Barkatali pernah dikecam seseorang apabila beliau memuatnaikkan pos tentang rutin senamannya di media sosial.



Inilah yang membuahkan idea bagi penggubah lagu Amyr Abadawn menghasilkan lagu bertajuk Kecam yang liriknya ditulis Feroz, 43 tahun.



Apakah kisah di sebalik lagu ini?



Ikuti wawancara bersamanya.



Soalan (S): Bagaimana timbulnya idea buat 'Kecam'?



Feroz: Amyr memberitahu dengan saya tentang keinginannya mencipta lagu dengan lirik rap.



Beliau mengusulkan agar saya menulis lirik tersebut berdasarkan pengalaman saya dikecam seseorang yang bersikap 'ada sahaja tak kena' apabila lihat perkongsian saya tentang rutin senaman saya.



S: Apakah antara pengalaman membingitkan berurusan dengan insan toksik?



Feroz: Memang banyak pengalaman pahit berurusan dengan golongan toksik yang saya tempuhi.



Yang paling dahsyat berlaku beberapa tahun lalu sehingga saya dapat penyakit darah tinggi.



Sejak peristiwa itu berlaku, saya mengambil keputusan mengubah gaya hidup saya. Saya mula bersenam setiap hari, berlari-lari anak dan ke gimnasium.



Bagi meniup semangat baru kepada diri saya, saya selalu tulis di media sosial, baik Facebook dan Instagram mengenai perjalanan sihat saya.



Suatu hari, selepas habis bersenam, saya terima pesanan WhatsApp daripada seseorang yang sudah lama tidak menghubungi saya.



Orang ini menghina saya. Katanya, muka saya buruk dan saya tak sedar diri. Umur dah berapa, sibuk nak jadi macam orang muda pergi gimnasium.



Dia menambah betapa menyampah dan meluatnya dia tengok bahan-bahan yang saya kongsi di media sosial.



Yang saya berat nak telan adalah kata-kata seperti, "Dahlah (muka) buruk, sedarlah sikit..."



S: Apakah pengajaran yang anda ingin kongsi dalam 'Kecam', sesuatu yang sejajar dengan kesucian Lebaran?



Feroz: Jangan kita selalu pandang negatif terhadap apa yang orang lakukan. Selalu bersangka baik dan fikir yang baik-baik.



Kalau ya pun, berilah sokongan buat teman yang memerlukan dorongan anda.



S: Apakah yang dinantikan Hari Raya ini?



Feroz: Saya menanti masa bertemu keluarga sebab tahun lalu, kita tidak dapat menyambut Lebaran beramai-ramai kerana perlu perhatikan jarak selamat dek Covid-19.



Justeru, inilah masa kita rebut peluang bertemu saudara-mara dan teman yang sudah lama tidak ditemui.



S: Apakah cogan kata dalam kehidupan Feroz?



Feroz: Sikap yang kita jadikan sandaran adalah pilihan kita sendiri. Kegembiraan juga satu pilihan. Begitu juga dengan sikap optimistik mahupun jiwa berbudi, rasa hormat pada orang atau apa sahaja sikap yang baik.



Pastikan kita tahu memilih dan sentiasa positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >