Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rapper Jay Park mohon maaf kepada masyarakat Islam, hargai tunjuk ajar

May 28, 2021 | 06:53 PM



PENYANYI terkenal, Jay Park, membuat permohonan maaf menerusi Twitter dan Instagram selepas mengguris hati umat Islam apabila menggunakan nama 'Allah' di dalam lirik lagu solonya berjudul Mukbang.



Dalam pos di kedua-dua platform media sosial itu, Park berkata, beliau pada awalnya tidak merasakan bahawa penggunaan nama 'Allah' adalah satu masalah.



"Saya dengan merendah hati memohon maaf. Dalam lagu berjudul Mukbang 'remix', saya gunakan ayat 'Worship me like Allah (puja saya seperti Allah)', menyinggung hati ramai orang.



"Pada awalnya, saya tak nampak sebarang masalah, tapi selepas membaca komen-komen (bukan komen kebencian tapi komen yang mendidik dan menerangkan), saya nampak bahawa penggunaan perkataan itu dalam lirik lagu saya adalah sesuatu yang tidak sesuai," tulisnya.



Beliau juga memohon maaf kepada peminat-peminatnya yang beragama Islam dan tidak bermaksud untuk tidak menghormati agama lain.



"Saya mohon maaf kepada semua peminat saya yang beragama Islam. Saya tidak berniat untuk tidak menghormati atau mengguris hati sesiapa, dan saya akan jadikan ini sebagai pengajaran.



"Saya sayang dan hormat semua orang tidak kiralah dari apa juga budaya, etnik, mahu pun agama," tulisnya.



Terdahulu, Park menulis di Twitter yang mempertahankan tindakannya untuk menggunakan nama Allah dalam lirik, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.



"Lirik itu tak bermaksud untuk mengguris hati atau tidak hormat sesiapa. Kepada sesiapa yang terasa, saya mohon maaf.



"Kepada yang mengatakan saya membawa-bawa nama agama atau bersikap perkauman, hentikan tuduhan-tuduhan itu. Bagi saya, ia cuma lirik. Mudah saja," tulisnya sebelum memadam pos itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >