Topik diikuti
Pergi ke BHku'Rapper' Nadya Dean cipta lagu kerohanian
Peraduan nyanyian anjuran Wisma Geylang Serai (WGS), 'Suara 2.0', menemukan dua bakat dengan kecenderungan muzik berbeza - 'rapper' Nadya Dean dan penggemar lagu anak watan Singapura, Danial Baharin. Siapa sangka selepas tamatnya pertandingan tersebut, dua finalis 'Suara 2.0' ini bergabung tenaga bagi penghasilan satu lagu kerohanian, 'Demi Rahmatmu'? BERITA HARIAN melaporkan.
Apr 15, 2021 | 5:30 AM
'Rapper' Nadya Dean cipta lagu kerohanian
TIADA temannya yang menduga bakat hip-hop setempat Nadya Dean akan mencipta lagu kerohanian Demi RahmatMu yang keluar dari zon selesanya.
Apatah pula, lagu yang terhasil spontan itu bukan dinyanyikan sendiri tetapi diserahkan kepada sahabat yang baru ditemui di peraduan Suara 2.0, Danial Baharin.