Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rapper YK rimas dengan orang 'mata merah'

May 03, 2021 | 05:30 AM



Lagu terkini artis rap solo Singapura, YK, Qis dan Feroz, berkongsi tema serupa tentang perangai jengkel insan toksik yang lebih menjatuhkan semangat daripada memperkasanya. Apakah yang cuba disampaikan dalam lagu Mata Merah, Blah dan Kecam ? Di ambang Lebaran, tiga rapper ini berkongsi tentang semangat positif melenyapkan negativiti menerusi irama hip hop, lebih-lebih lagi dalam bulan mulia Ramadan dan Syawal. BERITA HARIAN melaporkan.




ASAL sahaja kejayaan dikecapi seseorang, akan ada yang simpan rasa cemburu dan mula menyindir sebagai tanda tidak puas hati.



Tidak cukup dengan itu...disebarnya fitnah dan cemuhan yang membunuh semangat.



Inilah antara pengalaman pahit yang pernah dilalui sendiri rapper Singapura, Young Khalifa (YK), dalam meniti kerjaya sebagai anak seni.



Banyak juga yang didengarnya tentang kisah orang 'mata merah' daripada sahabat-handai yang juga tidak terlepas daripada cengkaman dikelilingi rakan-rakan toksik.



Bersandarkan perkara itulah, YK baru-baru ini menghasilkan lagu Mata Merah, lengkap dengan rakaman video persis latar belakang kota cereka adiwira Batman, Gotham City.



YK, yang nama sebenarnya, Muhammad Iskandar Roswira, 25 tahun, bahkan tampil seperti watak Joker yang bergincu birat.



Ingin tahu lebih lanjut tentang Mata Merah?



Ikuti temu bual bersamanya yang bernaung di bawah kolektif seni Voz Management dan telah ke seberang Tambak sebelum wabak Covid-19 menular bagi lagunya diedarkan di bawah label Map Music.



Soalan (S): Bagaimana 'Mata Merah' dihasilkan?



YK: Idea ini tercetus daripada pengalaman yang pernah saya sendiri lalui. Saya pun ramai kawan dan kenalan yang mengadu tentang manusia sekeliling yang tidak berpuas hati atau mudah cemburu apabila melihat orang lain berjaya dan maju.



S: Dalam meniti kehidupan, apakah antara pengalaman paling dahsyat berdepan dengan orang toksik?



YK: Kalau difikirkan kembali, memang YK rasa sedih dan menyesali tindakan seorang sahabat yang dipercayai.



Sanggup pula teman ini menghasut rakan lain agar jatuhkan dan tinggalkan YK di kala saya amat memerlukan pertolongan mereka.



S: Dalam kita menyambut bulan mulia Ramadan dan Syawal, apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada lagu 'Mata Merah' ini?



YK: Pengajaran dalam lagu ini adalah menyimpan niat baik dalam setiap tindak-tanduk kita.



Kalau niat kita baik, maka baiklah kesudahannya tetapi kalau ia tidak baik, ia akan makan diri sendiri.



Justeru, jauhilah rasa cemburu terhadap orang lain. Bersyukurlah kalau teman-teman kita berjaya.



Jangan kita bermuka-muka atau jatuhkan teman kita sendiri hanya kerana 'mata merah' dengan pencapaian mereka.



Semua rezeki masing-masing. Kita ada bahagian kita, mereka pun ada bahagian mereka.



S: Apakah harapan YK dalam menyambut Hari Raya?



YK: Saya harap Hari Raya tahun ini akan lebih ceria dengan kita dapat saling eratkan silaturahim serta saling bermaafan.



S: Apakah cogan kata yang menjadi sandaran kehidupan YK?



YK: Percaya pada diri. Kepercayaan datang dengan keikhlasan. Kejujuran pula perlu ada dalam hubungan sesama manusia.




"Saya harap Hari Raya tahun ini akan lebih ceria dengan kita dapat saling eratkan silaturahim serta saling bermaafan."
- Rapper YK tentang harapan sambut Hari Raya tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >