Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ratu rap MAWAR BERDURI kembali dengan 'Yang Terhebat'

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN sudah ada jenama sebagai rapper wanita Singapura sejak namanya meletup sampai ke seberang Tambak ketika bersama kumpulan Ahli Fiqir, Mawar Berduri tidak mengambil enteng usaha kembali ke persada seni setempat.



Apatah lagi apabila beliau bekerjasama dengan penerbit dan pencipta lagu, Sazery Suhady serta penerbit dan penulis lirik Samsolnahar Sibengat (2KangKata) yang menyifatkan diri mereka cerewet kerana gubahan lagu dan penulisan lirik perlu masa dan bukan seperti masak mi segera, ketelitian dititikberatkan dalam segala aspek persembahan.



Justeru, walaupun 'single' Yang Terhebat oleh Mawar ini makan masa untuk dilahirkan dari tahun lalu hingga selepas Hari Raya, ia tetap lambang kesungguhan yang ditanam mereka bertiga dan seorang lagi rakan penerbit, p-3ye, untuk memastikan kelainan dapat disajikan.



Boleh dikatakan hampir lima tahun Mawar, yang nama sebenarnya Nurhidayati Mohd Yusop, menyepikan diri kerana ingin memberi tumpuan pada rumah tangga dan anak-anak.



Kali terakhir muncul bersama kumpulan projek Suratkhabar Lama (turut dianggotai 2KangKata dan p-3ye) dengan lagu R.A.TS dan selanjutnya lagu Raya, Raya Sikit-Sikitlah (dengan penampilan Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar), Mawar kini sudah bersedia membuat aksi solonya.



Ketika dihubungi menerusi sidang Zoom, Mawar menjelaskan:



"Ada juga pengikut Mawar dari seberang Tambak yang tanya bila nak keluarkan lagu baru?



"Kadang-kadang terfikir, setelah sekian lama, masih mampukah saya berikan persembahan yang baik seperti zaman dahulu?



"Namun, teman-teman seperti Sazery dan Sam (panggilan buat 2KangKata) beri keyakinan Mawar harus buat comeback dan kembali dengan lagu solo.



"Sazery kata 'Sayang... kalau tak manfaatkan bakat, suara dan tenaga yang ada dan pengikut yang masih setia menanti'. Bagi saya secara peribadi, kalau nak kembali ke persada seni, mestilah buat sungguh-sungguh.



"Saya tak boleh bikin yang sama seperti Mawar Berduri yang mereka kenali ketika zaman dalam kumpulan dulu. Kalau nak buat lagu solo, ia mestilah ada kelainan dan ada tenaga yang lebih lagi untuk dilontarkan. Arena hip hop kini sudah jauh berbeza. Nak kekal relevan, harus tingkatkan usaha dan keluar daripada kekotak kebiasaan."



Katanya, segala keraguan beliau tidak dapat menggegarkan pentas seperti dahulu terluput apabila ada yang menonton penstriman 'live' rancangan Raya, Gema Syawal: Raya Sikit-Sikitlah, pada 28 Mei lalu, memberi komen membina buatnya.



"Mereka kata, suara dan rupa Mawar tak banyak beza. Tenaga pun masih macam dulu lagi.



"Apabila dengar kata-kata perangsang seperti itu, saya lebih yakin dan bersyukur dapat pasukan yang sekepala untuk usahakan 'single' selanjutnya buat saya, sama ada solo, secara berkumpulan atau duet bersama rapper wanita muda, Qis Maraj.



"Malah, saya berbesar hati dapat terlibat dalam pembikinan lagu bersama Suratkhabar Lama dengan mesej kerohanian. Tajuknya Sampai Waktu untuk Hari Raya Haji.



"Apa-apa pun, teras yang kami tekankan adalah nilai-nilai yang baik serta pemerkasaan bahasa dan tambahan kosa kata buat pendengar," jelasnya.



Mengenai Yang Terhebat, ia mengisahkan tentang sikap narsistik manusia (kondisi mental di mana seseorang itu kurang ihsan buat orang lain, pentingkan diri, inginkan perhatian dan merasakan diri lebih bagus daripada yang lain).



"Jangan salah sangka. Ada yang ingat tajuk lagu macam ini bererti saya nak beritahu satu dunia saya yang terhebat... dengar liriknya dahulu, baru tahu apa maksud yang tersirat dalam lagu ini," kata Mawar.



2KangKata pula menambah beliau menghasilkan lirik lagu ini berdasarkan pengamatannya terhadap sikap atau perangai golongan yang tengok cermin sahaja dan rasa diri lebih hebat daripada yang lain.



"Kita akan temui golongan sebegini dalam pergaulan harian, di pejabat atau di dada siber.



"Pasti ada yang sombong, suka cakap besar, ngada-ngada, suka memerintah dan pentingkan diri sendiri.



"Secara meluas, ia boleh juga berlaku di arena politik pada skala dunia di mana sesebuah negara bersikap lebih berkuasa daripada negara lain lantas dengan sewenang-wenangnya menindas," tambahnya.



2KangKata pula merasakan inilah masanya bagi kembalikan Mawar yang dikenali kerana tenaga meluap-luap di pentas, lontaran rap yang 'ganas' dan bersahaja.



Menurut Mawar, kerana penggunaan perkataan seperti 'emansipasi', 'obsesi' dan 'gratifikasi' dalam lirik lagu ini, maka berbelit-belitlah lidahnya menyebutnya.



"Anak saudara saya kata sampai perlu tengok kamus nak fahamkan maksud beberapa perkataan. Namun, bagi saya ia satu perkara yang baik demi menambah kosa kata pendengar," kata Mawar lagi.



Proses rakaman dibuat di studio Sazery dengan banyak penyesuaian dibuat spontan dari masa ke masa.



Sazery yang mula terlibat dalam gubahan lagu sejak memasuki Projek Rentak: Misteri Jam 12 (Ria 897) pada tahun 2000, pula menambah:



"Saya anggap semuanya ibarat 'jodoh'. Allah dah atur dengan cantik. Alhamdulillah, pemikiran dan misi kami sehala walaupun kadangkala ada yang berlainan pandangan. Saya bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan baik walaupun baru tiga atau empat tahun saling mengenali."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >