Topik diikuti
Pergi ke BHkuRemaja pelopori A-Pop atau 'Arabian Pop'
Premium
Remaja pelopori A-Pop atau 'Arabian Pop'
Pukulan penyanyi berdarah keturunan Arab di industri muzik antarabangsa begitu terasa sejak akhir-akhir ini. Ada yang menyertai aliran utama dengan menyanyikan lagu Inggeris meskipun gaya hidup dan tradisi Timur Tengah masih dikekalkan dan dipaparkan dalam media sosial. Ada pula yang mengenalkan keindahan muzik padang pasir moden ini kepada pendengar dunia. BERITA HARIAN melaporkan.
Remaja pelopori A-Pop atau 'Arabian Pop'
ISSAM ALNAJJAR: Lagu Hadal Ahbek yang tercetus daripada pengalaman melihat temannya baring pada bantal sepanjang perbualan mereka di FaceTime tular di TikTok lantas menempatkannya sebagai idola remaja masa kini. - Foto INSTAGRAM ISSAM ALNAJJAR -
Mar 14, 2022 | 5:30 AM
DARIPADA setakat merakam lagu 'cover' di rumahnya, penyanyi Jordan, Issam Alnajjar, 'meletup' sebagai ikon remaja yang wajahnya terpampang pada papan iklan Times Square di New York, tahun lalu.
Issam, 18 tahun, bahkan memiliki lagu 'hit' Hadal Ahbek yang cukup tular di aplikasi TikTok dan telah distrim lebih 55 juta kali di Spotify, antara yang terbanyak dalam gedung digital tersebut.
