Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remy Ishak, Hannah Delisha antara duta Bulan Bintang 2024

Mar 12, 2024 | 10:29 AM
Antara duta Bulan Bintang 2024, pelakon Remy Ishak menerima sambutan hangat daripada netizen dengan penampilan baju Melayu Teluk Belanga daripada koleksi Bulan Bintang 2024.
Antara duta Bulan Bintang 2024, pelakon Remy Ishak menerima sambutan hangat daripada netizen dengan penampilan baju Melayu Teluk Belanga daripada koleksi Bulan Bintang 2024. - Foto BULAN BINTANG

Jenama pakaian dari Malaysia, Bulan Bintang, kembali dengan koleksi pakaian Hari Raya 2024 yang dilancarkan pada 17 Februari.

Koleksi pakaian Hari Raya yang terkini dari Bulan Bintang buat 2024 diperkenalkan dalam acara pertunjukan fesyen yang berjudul, ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show’.

Kali ini, ia dianjurkan bekerjasama dengan TikTok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang.

Pada 2024, ia menampilkan koleksi Raya 2024 ‘Ready To Wear’, yang menawarkan pelbagai pilihan warna dan gaya mengikut cita rasa setiap pelanggan.

Koleksi pakaian Raya yang terkini dari Bulan Bintang buat 2024 diperkenalkan dalam acara pertunjukan fesyen yang berjudul, ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show’.
Koleksi pakaian Raya yang terkini dari Bulan Bintang buat 2024 diperkenalkan dalam acara pertunjukan fesyen yang berjudul, ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show’. - Foto BULAN BINTANG

Pelanggan tidak perlu bimbang tentang saiz. Ia menawarkan saiz pakaian Raya hingga 5XL.

Pada 2024, barisan duta Bulan Bintang terdiri daripada enam selebriti Malaysia yang ternama. Antaranya termasuk ‘Hero Malaya’, pelakon Remy Ishak.

Memperagakan Baju Melayu Teluk Belanga – sebahagian daripada koleksi berkenaan itu, penampilan Remy yang begitu tampan dan segak lantas disambut dengan sambutan hangat daripada netizen.

Lima selebriti Malaysia lain yang juga dilantik sebagai duta Bulan Bintang 2024 ialah Shukri Yahya, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Acara tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Aina Abdul dan Masdo serta persembahan tarian oleh kumpulan tarian, Zeppo Youngsterz.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg