Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Remy Ishak kini bergelar bapa, syukuri rezeki kiriman Tuhan

Isteri selamat lahirkan anak sulung pagi Khamis
Jul 28, 2023 | 03:23 PM



Pelakon yang dikenali dengan jolokan ‘Hero Malaya’, Remy Ishak memaklumkan isterinya, Ezza Yusof, selamat melahirkan anak mereka di sebuah hospital swasta, pada 11.17 pagi Khamis.

Berita baik itu Remy kongsi menerusi hantaran dalam Instagram Story yang turut memberitahu isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan baik.


“Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” tulisnya ringkas.

Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta.

Beberapa bulan lalu, Remy mendedahkan sudah mempunyai nama buat cahaya mata pertamanya yang dipilih sebelum bernikah lagi, lapor Utusan Online.


Terdahulu, pelakon Nur Kasih dan Lelaki Kiriman Tuhan itu memuat naik video memberikan sokongan moral kepada Roszaliza atau dikenali sebagai Ezza yang sedang berada di dalam wad bersalin.


Beliau mengesahkan isterinya sedang hamil Mac lalu ketika kandungan berusia lima bulan.

Pasangan itu pernah menjadi perhatian ramai selepas menerima hadiah perkahwinan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Setahun yang lalu, gara-gara melakonkan pelbagai watak secara bertali arus, Remy mengakui beliau berasa seperti hilang jati diri sehingga perlu kembali mencari dirinya yang sebenar.

Justeru, beliau mahu berehat daripada dunia lakonan buat seketika.

Remy, menerusi TikTok Live bersama Ezza berkata beliau ingin mengambil masa untuk kembali mencari dirinya yang sebenar.

“Buat masa sekarang, saya berehat daripada dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya.

“Saya pun dah lupa hobi saya, apa yang saya suka buat... rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi macam diri sendiri hilang sebab dah jadi orang lain.

“Sekarang nak relaks sekejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelum ini, saya berlakon tanpa henti, jadi saya tak kenal diri sendiri pula,” katanya.

Bagaimanapun, beliau telah mengharungi fasa tersebut dan kini kembali aktif berlakon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >