Premium
Remy keliru antara Farah Nabilah dengan Nabila Razali
Jun 5, 2018 | 5:30 AM
KELIRU: Remy Ishak (tengah) tersalah meletakkan kapsyen nama Nabila Razali (kanan) dalam gambar yang diambil bersama Farah Nabilah dalam gambar di Istagramnya. - Foto-foto fail -
GARA-GARA tersilap meletakkan nama pada kapsyen foto bersama Farah Nabilah, laman sosial Instagram Remy Ishak dibanjiri komen netizen, pengguna Internet.
Remy yang bergambar dengan Farah Nabilah tersilap meletakkan nama penyanyi Nabila Razali dan ia dianggap lucu kerana beliau nampaknya tidak mengenali artis dalam foto itu.

