Kisah cinta yang dilukai, sakit hati kerana kasih yang berjauh hati dan janji yang tidak mampu ditepati sering menjadi tema lagu band Indonesia, Repvblik, yang hampir 20 tahun berada dalam industri muzik Nusantara.
Mulai 5 petang, 17 Disember, band asal Bogor, Jawa Barat, yang dianggotai Ruri Herdian Wantogia, Heri Masrulah Achmad, Lafi Hariyatulafian dan Bachtiar Rahman Hamzah, akan membuat persembahan di Teater Mediacorp, bagi mengubati rindu peminatnya di Singapura.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg