Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU PEMENTASAN

'Kepaten Obor' selami hubungan keluarga antara generasi

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Begitulah dilema di sebalik persembahan Suhaili Safari yang menceritakan tentang kisah dirinya yang merupakan cucu kepada seniwati era Jalan Ampas.



Lebih daripada itu, persembahan teater ini mengupas pertalian nenek dan seorang cucu yang terjejas akibat tragedi keluarga.



Siapakah seniwati yang dimaksudkan? Suhaili minta identitinya tidak didedahkan, biarpun ramai yang mungkin sudah tahu.



Suhaili bukanlah nama baru dalam arena teater tanah air dan tidak perlu disangkal beliau memang seorang anak seni yang berbakat besar.



Persembahan terkininya dalam pementasan Kepaten Obor sempena Pesta Raya 2022 di Esplanade baru-baru ini adalah antara yang terbaik daripadanya.



Ia mendapat perhatian penggiat teater.



"Setelah ayah saya meninggal dunia, saya rasa kekosongan yang teramat perit, dah saya pernah membuat persembahan untuk memberi penghormatan kepadanya dan juga nenek saya dengan menyanyikan lagu-lagunya," singkap Suhaili.



Beliau tidak menyangka sesi santai itu pencetus idea untuk beliau melakarkan skrip sehinggalah terlahir Kepaten Obor.



Kepaten ialah perkataan dalam bahasa Jawa bermaksud kematian.



Persembahan bermula dengan tarian dari balik tabir dengan nyanyian lagu rakyat yang agak rancak dan telah ditukar seni katanya, Kicir Kicir.



Set persembahan itu kelihatan kemas, seperti di sebuah ruang tamu berlatarbelakangkan almari yang banyak fungsi. Di tepi pentas pula kelihatan sebuah gitar usang.



Pengarah Adib Kosnan berkata:



"Inspirasi di sebalik konsep itu ialah daripada sebuah video YouTube yang tular, Tiny Desk Concerts, di mana penyanyi dan kumpulan mereka membuat persembahan di tengah-tengah pejabat.



Gitar yang tersandar membawa sejuta kenangan buat Suhaili yang pertama kali memegangnya di rumah nenek kesayangan beliau.



Gitar itu simbolik dengan perjalanan Suhaili yang memang sudah mewarisi bakat neneknya, dan kemudian mengukir langkah sendiri menerokai bidang muzik.



Apa yang dapat dirasakan oleh penulis sepanjang pementasan itu ialah perjalanan seorang anak seni yang mendambakan kasih sayang keluarganya, terutama ekoran pertalian yang terputus serta-merta akibat perceraian ibu bapanya sendiri.



Isu ini mungkin dirasakan oleh ramai anak-anak yang turut melaluinya tetapi luahan isi hati Suhaili pada malam itu, mencengkam kenyataan itu dengan penuh emosi.



Apatah lagi, hubungan yang turut terjejas ialah perhubungannya dengan arwah neneknya sendiri yang sangat dikaguminya.



Kebolehan Suhaili meniru suara dan gaya persis arwah neneknya semasa di pentas agak mengagumkan.



Dari sudut nyanyian pula, Suhaili ketara mempunyai suara dan gaya tersendiri yang tidak kurang hebatnya.



Walaupun bersangkut paut dengan bintang negara yang terkenal, Suhaili tidak mahu ia menjadi fokus bahan berita atas sebab-sebab menjaga hubungan dan nama baik keluarganya.



Dalam pementasan itu, Suhaili mendedahkan dirinya adalah cucu kepada biduanita negara yang ikonik, terkenal dengan lakonan dan nyanyian lagu-lagu keroncong.



Walaupun maklumat itu dikongsinya dengan terbuka, nama, gambar dan videonya ditonjolkan untuk penonton yang menyaksikan persembahan itu.



Suhaili tegas enggan nama neneknya itu diterbitkan di dalam akhbar atas sebab-sebab peribadi.



Yang nyata, bakat yang Suhaili warisi itu turut menjadi isu dalam perjalanan hidupnya, yang sering berbolak-balik antara cinta pertamanya dalam bidang kesenian dengan tentangan keluarga yang telah melalui sendiri kesusahan yang kerap dialami seorang seniman.



Namun dalam persembahan minggu lepas, Suhaili telah membuktikan beliau mempunyai bakat besar dalam segi lakonan, penulisan dan nyanyian. Suaranya yang lunak merdu itu bergema di seluruh dewan dan telah menawan penonton yang turut terkesima dengan persembahan 80 minit itu. Dalam keseluruhan, Suhaili berjaya memikat hati penonton dengan luahan hatinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >