Premium
Rezeki anak kedua selepas jalani IVF buat anak pertama
Oct 14, 2018 | 5:30 AM
USAH HENTI BERUSAHA: Cik Natasha (kiri) dan suaminya Encik Saiful Fadli telah membulatkan tekad untuk menjalani IVF kedua yang akhirnya membuahkan hasil. Selepas melahirkan anak pertamanya Shayna Nur Nadine (tengah), kini Cik Natasha menyatakan beliau hamil kali kedua tanpa menjalani IVF sekali lagi. - Foto BM oleh JEREMY KWAN -
Perangkaan Laporan Ringkas Penduduk menunjukkan kadar kesuburan keseluruhan Singapura mencapai paras terendah dalam tujuh tahun, dan penduduk Singapura terus menua. Kadar kesuburan keseluruhan penduduk jatuh daripada 1.20 pada 2016 kepada 1.16 tahun lepas. Dalam kalangan penduduk, terdapat pasangan suami isteri yang masih berusaha mendapatkan zuriat, namun masih belum berhasil. Apakah masalah yang dihadapi dan apakah langkah yang diambil demi mencapai hasrat mereka menimang cahaya mata? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan.
DOA yang tidak disusuli dengan usaha umpama mereka yang menyerahkan nasibnya terawang-awang tanpa ikhtiar dan gerak kerja.

