Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rezeki MeleTOP Shiha Zikir, Khai Bahar dan Dolla

Ganjaran buat tiga artis M'sia yang bekerja keras
May 30, 2022 | 12:16 AM



PERJALANAN yang panjang dalam bidang seni tanpa timbui rasa mudah putus asa menjadi sandaran dan faktor jaya penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Shiha Zikir.



Berkat kesungguhannya menyemai 'benih' seni dari awal kerjaya sebagai peserta Mentor dan Akademi Fantasia, Shiha, 35 tahun, merupakan pemenang terbesar dalam empat kategori Anugerah MeleTOP Era 2021 pada Ahad (29 Mei).



Empat kategori tersebut adalah Anugerah Duo/Kumpulan MeleTOP (bersama Noki K-Cl;ique), Lagu MeleTOP (Aewo bersama Noki), Artis Versatil MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.



Sekali gus, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, adfalah pemenang Anugerah Top Top MeleTOP Wanita di acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



Pemenang Anigerah Top Top MeleTOP Lelaki jatuh pada Khai Bahar yang sudah menerima anugerah ini dua kali (2018 dan 2019) sebelum ini dek tarikan semberaninya bagi peminat dan kegigihannya menjana lagu baru.



Anugerah Top Top MeleTOP Duo/Kumpulan pula jatuh pada kumpulan empat gadis, Dolla, yang terkenal dengan lagu Raya Raya Raya yang sudah distrim sebanyak 827,157 kali



Pemilihan pemenang adalah berdasarkan jumlah undian yang diterima secara keseluruhannya.



"Saya anggap kemenangan ini rezeki hasil daripada usaha keras yang dibuat. Selama ini, saya sentiasa cuba menerima apa saja peluang yang datang dan tidak menghiraukan juga pelbagai tanggapan yang dilemparkan kepada saya.



"Setiap tawaran kerja yang datang itu, rezeki dan saya juga suka mencuba. Ditambah, kalau nak fikir apa kata orang terhadap saya, memang tak boleh nak melangkah ke manalah dalam karier ini," katanya lagi ketika ditemui media seberang sesudah menerima anugerah tersebut.



Khai Bahar, 28 tahun, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, pula turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki MeleTOP dan Program MeleTOP melalui Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar.



Kemenangan Dolla bagi kategori Duo/Kumpulan MeleTOP pula bagaikan boleh dijangka sebab prestasi mereka yang kian cemerlang.



Kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. 



Anugerah MeleTOP Era 2021 ini dijayakan tiga pengacara, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.



Antara persembahan yang dinanti-nanti adalah daripada Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu-lagu klasik, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan pesona vokalnya dan band Search sebagai pembangkit semangat dan penutup tirai acara yang sebelum ini tertunda beberapa kali kerana pandemik Covid-19.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >