Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rezeki Nadeera tambah selepas juarai ‘Big Stage 2023’

Apr 17, 2024 | 02:33 PM



Juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, bersyukur kerjaya seninya berjalan lancar selepas memenangi peraduan realiti itu.


Nadeera atau nama sebenarnya, Farah Nadeera Zaini, 31 tahun, berkata, sebelum ini beliau sukar menerima tawaran membuat persembahan dan hanya bergantung kepada slot di kelab malam dan hotel.

“Alhamdulillah, setakat ini ada sahaja rezeki selepas menang di pentas, Big Stage 2023. Undangan ‘show’ pun sudah lain, dahulu, tiada langsung.


“Saya bersyukur 2024 menjadi tahun baru buat saya sejak bergelar anak seni. Walaupun sudah lama dalam bidang ini, saya masih fikir diri ini baru mengatur langkah.

“Sekarang, saya bersyukur, setiap bulan, ada ‘show’. Jadi, saya boleh kata kehidupan saya sekarang berbeza,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada majlis pelancaran single, Balik Raya, iaitu kerjasama dengan Indah Ruhaila dan Wani Kayrie di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Nadeera tidak mahu mempersiakan ruang dan peluang dengan menghasilkan projek album mini mengandungi lagu ciptaan sendiri dan dua teman.

“Saya sedang berjinak-jinak menulis lagu. Saya mahu hasilkan karya sendiri. Insya-Allah, tahun ini (2024) saya akan keluarkan album mini.

“Album itu akan memuatkan antara lima dengan enam lagu. Dalam projek ini, saya bukan utamakan vokal, sebaliknya, memberi tumpuan kepada melodi yang enak didengari,” katanya.

Nadeera berkata, sebelum ini, beliau pernah mencipta lagu untuk penyanyi seperti Khai Bahar dan Yasmin Aziz.

“Cuma, saya tiada keyakinan untuk mencipta lagu buat diri sendiri. Jadi, tahun ini (2024) saya beranikan diri dan bersyukur kawan-kawan sangat membantu,” katanya.

Berkongsi mengenai projek album mini itu, Nadeera mengakui lagu yang dihasilkan cukup istimewa kerana menceritakan perjalanan hidupnya.

Namun, tambah Nadeera, bukan mudah hendak merealisasikan album mini kerana memerlukan kos besar.

“Mungkin saya akan minta tajaan mana-mana pihak dan perkara itu masih dalam perbincangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadeera menyambut Aidilfitri bersama keluarga sebelah ibunya di Kelantan.

Penyanyi lagu, Emas, itu juga sempat mengadakan kenduri doa selamat sempena kemenangannya di, Big Stage 2023, ketika di Kelantan.


“Saya tidak sempat buat kenduri selepas menang, Big Stage 2023. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat meraikan kejayaan itu bersama keluarga di Kelantan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >