Gincu merah Suzzanna dibawa mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gincu merah Suzzanna dibawa mati

Mar 31, 2021 | 5:30 AM

Gincu merah Suzzanna dibawa mati

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TERINGAT PESANAN TERAKHIR: Clift Sangra (kiri) berkongsi permintaan isterinya agar gincu merahnya ditanam bersama dalam kerandanya seandainya beliau meninggal dunia. - Foto TRIBUNNEWS
TERINGAT PESANAN TERAKHIR: Clift Sangra (kiri) berkongsi permintaan isterinya agar gincu merahnya ditanam bersama dalam kerandanya seandainya beliau meninggal dunia. - Foto TRIBUNNEWS -

ISTERINYA mendiang Suzzanna Martha Frederika van Osch merupakan Ratu Filem Seram Indonesia yang terkenal.

Pemergiannya pada usia 66 tahun pada 15 Oktober 2008 meninggalkan kesan pada sang suami, Clift Sangra, pelakon yang kini berusia 55 tahun.

Dalam satu klip video Trans TV Official baru-baru ini, Clift telah menceritakan tentang permintaan terakhir isterinya sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, Suzzanna minta supaya gincu merah yang sering dipakainya dimasukkan ke dalam keranda apabila dia meninggal dunia.

Terdahulu, Clift turut membuka semula almari lama yang menyimpan semua barang peribadi milik Suzzanna yang didakwanya sudah 13 tahun tidak dibuka.

"Ini ada beg tangan, minyak wangi dan bedak. Cuma, gincu tidak ada kerana mengikut permintaan Suzzanna agar ia dimasukkan bersama ke dalam kerandanya. Ia gincu merah yang sering dipakainya setiap hari.

"Dia memberitahu saya, kalau dia meninggal dunia gincu merah itu harus dimasukkan juga ke dalam keranda. Jadi, apabila dia meninggal dunia pada 2008, saya letak gincu itu ditangannya," katanya.

Suzzanna memiliki aura misteri yang dikaitkan dengan penglibatannya dalam pelbagai filem seram termasuk Bernafas Dalam Lumpur, Beranak Dalam Kubur, Ratu Ilmu Hitam dan Sundel Bolong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg