PENYANYI era 80-an, Rohana Jalil, 66 tahun, tidak berminat menghasilkan single terbaru kerana beliau yakin peminatnya hanya mahukan lagu lama, bukannya lagu baru.

Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil berkata berdasarkan pengalaman, peminat hanya seronok apabila beliau membawakan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ketika zaman mudanya, selain peminatnya membesar dengan lagu-lagu lamanya.