Premium
'Rok kapak' masih dapat bertahan
Sep 26, 2017 | 5:30 AM

TIGA BAND ROK KONGSI PENTAS: (Dari kiri) vokalis Junction, Hatta; vokalis Loving Born, Abu; dan vokalis Giegiel, Ejam. - Foto HARIAN METRO -
WALAUPUN zaman digital sudah mengambil alih dan menguasai arus kemodenan masa kini, muzik rok era 1980-an dan 1990-an tetap terpahat di hati ramai.
Vokalis tiga kumpulan rok - Junction, Loving Born dan Giegiel - yang bakal menjayakan Konsert Gegaran Rock Legenda di Bizpark Ulu Tiram, Johor, pada Sabtu ini mengakui bahawa tarikan semberani lagu 'rok kapak' yang mereka persembahkan masih wujud.

