Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ruang bakat S'pura kongsi cerita, harapan

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



KEBIASAANNYA anda melihat Aisyah Aziz menyanyi.



Namun, pelantun lagu Mimpi itu akan tampil sebagai pelakon pementasan teater yang dikomisen Esplanade, Potong, pula antara 18 hingga 21 Mei.



Pementasan oleh Teater Ekamatra, ditulis Johnny Jon Jon dan diarah Mohd Fared Jainal ini akan berlangsung di Studio Teater Esplanade sempena Pesta Raya - Festival Seni Melayu 2023.



Potong mengisahkan tentang Adam yang dilahirkan di Australia tetapi kembali ke Singapura untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Adam dipaksa ibunya, Siti, untuk menjalin semula hubungan dengan bapa saudara dan neneknya, walhal ibunya juga yang memutuskan silaturahim dengan mereka dahulu.



Ini merupakan projek teater skala besar Aisyah yang kedua selepas Bangsawan Gemala Malam yang dipentaskan sempena Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) tahun lalu.



Dalam satu wawancara dengan Aisyah baru-baru ini, beliau melahirkan rasa syukurnya dapat terlibat dalam bidang teater berkat tunjuk ajar rakan-rakan di Teater Ekamatra.



"Mereka menerima saya dengan tangan terbuka dan tidak lokek ilmu. Pementasan mereka penuh kejujuran dan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mengetengahkan isu sensitif buat tatapan dan pemikiran masyarakat," jelas Aisyah.



Menurut penerbit The Esplanade Co.Ltd, Cik Hanie Nadia Hamzah, yang mengetuai pasukan penganjur Pesta Raya, festival seni ini sering menjadi ruang buat bakat setempat yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau ada kisah yang ingin dikongsi.



"Bagi pesta kali ini, kami meraikan dan meneroka kisah Nusantara termasuk orang Singapura bagi memastikan budaya rantau ini yang kaya tetap mekar dan hidup buat renungan generasi masa kini.



"Potong adalah kisah anak Melayu Singapura yang bergelut dengan perihal keluarga, identiti dan budaya," jelas Cik Hanie.



Persembahan unik bak pertemuan 'Orang Laut dengan Orang Pulau' juga dapat dinikmati dalam Air Da Tohor berkat kerjasama keturunan 'Orang Laut', Firdaus Sani, dan keturunan 'Orang Pulau', Asnida Daud.



Firdaus adalah generasi keempat 'Orang Laut' yang mengasaskan laman Orang Laut SG yang menjadi sumber memperjuangkan suara kelompok masyarakat orang asli seperti Orang Laut.



Asnida pula penggiat seni, pendidik dan budayawan yang cintakan bahasa dan budaya serta tampil berkongsi dan mengkaji warisan Orang Pulau.



'Air Da Tohor' bermaksud 'air surut' yang digunakan orang laut dan orang pulau untuk memaklumkan satu sama lain ketika keluar menangkap ikan.



Menerusi empat segmen, Asnida dan Firdaus akan membawa penonton mengemudi identiti hidup mereka yang kompleks, kehilangan tradisi budaya dan warisan melalui luahan kata dan pergerakan.



Air Da Tohor dipersembahkan di Studio Recital Esplanade pada 8 malam, 19 Mei.



  • Tiket-tiket bagi Potong dan Air Da Tohor boleh ditempah di laman Sistic dan Esplanade.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >