Envyher bukan hanya mengetengah koleksi pakaian dalam.
Malah, ia turut melebarkan sayapnya dengan Envyher Crafts, ruang kreatif yang dibangunkan khusus untuk peminat seni daripada pelbagai latar belakang.
Ia diasaskan oleh Cik Nur Fathin Atikah Abdul Rahman, Cik Nur Saarrah Nuha, lulusan dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan Cik Jeannie Ong.
Envyher Crafts membawa misi untuk menawarkan bengkel seni yang dimampui.
Dalam ruang yang disediakan di Oxley Bizhub, pelbagai kegiatan seni yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa dianjurkan.
Bengkel itu termasuk membuat beg tangan, menghias kotak pensel, membuat barang kemas micro crochet, dan melukis.
Dengan harga bermula daripada serendah $20, sesi itu tidak hanya mengajar kemahiran malah turut memberi peluang kepada peserta berehat, bersosial dan meluahkan kreativiti mereka.
“Boleh buat parti hari jadi sambil mengajak tetamu jahit sendiri beg dan mainan dengan kreativiti mereka,” kata Cik Nur Fathin Atikah.
Antara bengkel popular termasuk:
Bengkel ini menawarkan peluang kepada peserta menghasilkan permaidani mini dengan corak dan warna pilihan. Sesi ini mengambil masa antara dua dengan empat jam bergantung kepada saiz hamparan pilihan.
Kegiatan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, menjadikannya pilihan popular untuk majlis hari lahir. Dengan harga hanya $20, anak-anak dapat menikmati pengalaman membuat beg atau kotak pensel sendiri sambil belajar kemahiran asas menjahit.
Sesi ini sesuai bagi mereka yang ingin menghasilkan barang kemas sendiri. Bengkel ini disertai dengan kit buatan sendiri (DIY) dan berharga antara $25 dengan $40 bergantung pada jenis barang kemas yang dipilih.
Dilengkapi dengan kot DIY, bengkel ini direka khas untuk kanak-kanak dan berharga $25 hingga $40. Anak-anak boleh melukis dan menghasilkan karya mereka sendiri dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Dengan harga bermula daripada $189, peserta berpeluang menghasilkan coli mereka sendiri, menjadikan ini peluang yang menarik untuk mencipta sesuatu yang unik dan peribadi.
“Kami cuba berikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat dan peserta dapat membawa pulang hasil tangan mereka, sambil menyimpan kenangan manis dalam setiap karya yang dihasilkan,” kata Cik Nur Fathin Atikah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg