Premium
Rumah dihiasi seni Maghribi dan Turkey
Pasangan muda kini memilih konsep yang berbeza-beza untuk rumah baru mereka. Mereka bangga dengan rekaan dalaman rumah dan ada yang sanggup membelanjakan sehingga $40,000 untuk kerja-kerja ubah elok rumah. Gah! meninjau dua pasangan muda dan konsep yang dipilih untuk rumah idaman mereka.
Jan 23, 2015 | 5:52 PM
KONSEP MAGHRIBI: Flat pasangan Encik Muhammad Sufian dan Cik Hafizah dihiasi dengan jubin kilat Marrakech. Mereka bergambar dengan ketiga-tiga anak mereka, Qistina Adrina, empat tahun; Mysha Erina, tiga tahun; dan Lana Falisha, empat bulan. - Foto SHAHIDA SARHID -
MESKI tidak pernah ke Maghribi atau Turkey, ia tidak menghambat pasangan suami isteri Encik Muhammad Sufian Mazlan dan Cik Hafizah Nordin memastikan hiasan dalaman rumah mereka mempunyai sentuhan kesenian dua negara tersebut.
"Saya memang sukakan alat perhiasan Turkey terutama lampunya yang diperbuat daripada pecahan gelas berwarna-warni yang dicantumkan.

