Topic followed successfully
Go to BHkuSabar, kerja keras Rahila bawa jaya
Premium
Sabar, kerja keras Rahila bawa jaya
Oct 31, 2019 | 5:30 AM
Sabar, kerja keras Rahila bawa jaya
HARGAI PENGORBANAN AYAH: Juara SG Mania 3, Nurul Rahila Rashun, menyifatkan ayahnya, Encik Rashun Baan, sebagai pembakar semangatnya dalam meniti perjalanan seni penuh berliku. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
DUA baris lirik lagu malar segar kumpulan legenda Sweet Charity, Sejuta Wajah, yang didendangkan penuh penghayatan oleh bakat tempatan, Nurul Rahila Rashun, pada peringkat akhir SG Mania 3 kelmarin, bagaikan merakam isi hatinya.
Lontaran kata yang berbunyi: "Keluhan hati ini... ku takut akan luka lagi..." ibarat menceritakan tentang kekecewaan yang pernah dirasakan Rahila, 23 tahun, tatkala tidak berjaya ke pusingan akhir adu bakat realiti serantau, Akademi Fantasia 2016 di Malaysia dan Dangdut Academy Asia 3 di Indonesia.

